Sembilan penganut Kristian termasuk dua pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) ditahan polis semalam berhubung dakwaan cuba menukar agama pelajar universiti tersebut.

Mereka yang ditangkap di kampus Serdang menjelang 10 malam tadi dibebaskan di balai polis Sepang kira-kira 3.45 petang ini, kata peguam mereka Annou Xavier kepada Malaysiakini hari ini.

Kesemua mereka ditahan di sebuah bilik pelajar di Kolej ke-10 sewaktu berkunjung ke situ tetapi aduan polis dibuat dengan dakwaan mereka cuba menyebarkan Kristian.

Selain dua mahasiswa, kumpulan itu termasuklah tiga rakyat tempatan dan empat warga Hong Kong.

Salah seorang warga asing yang dihubungi dan peguam tersebut enggan memberikan butiran penangkapan mereka.

Sumber-sumber pelajar memberita Malaysiakini hari ini, kumpulan itu berada beberapa hari di beberapa kolej kediaman UPM dengan bergerak dari bilik ke bilik untuk menyampaikan ajaran mereka.

Difahamkan, kumpulan itu bergerak dari bilik ke bilik sambil memperkenalkan ajaran kristian serta memujuk penghuni yang beragama Islam untuk menganut agama tersebut.

“Selain itu, mereka juga didapati menyebarkan risalah kepada warga kampus dan bergerak di tiga buah kolej iaitu Kolej Pendeta Zaaba, Kolej Sepuluh, dan Kolej Sebelas,” kata seorang pemimpin pelajar.

“Aktiviti yang berlaku beberapa hari itu akhirnya membawa kepada penangkapan sembilan individu tersebut.”

Sumber Malaysiakini.

5 thoughts on “Kristianisasi di UPM”
    1. Kak Jie, kalau pg UPM masa kat depan tu memang tersergam indah masjid UPM. Tapi bila masuk kat dalam ada Gereja kat pintu masuk kolej kediaman. Benda ni dah lama sebenarnya, sekarang ni bukan lagi pertembungan Timur dengan Barat. Tapi pertembungan Agama. Lihat saja di luar, umat Islam disembelih, baru-baru ni di China. Kalau Kak Jie pernah baca buku Harun Yahya, memang ada kaitan dengan apa yang berlaku sekarang. Boleh baca buku tu kat sini sesiapa yang belum baca : http://www.harunyahya.com/malaysian/buku/kebangkitanislam/kebangkitanislam01.php

  1. Cabaran2 macam ni buat aku takut nak kawen. Anak2 aku nanti tentu lebih hebat lagi cabarannya. Mampukah aku memikul tanggungjawab membimbing mereka.
    .-= admin´s last blog ..Emma Watson =-.

  2. ape la depa ni takde keje ke nak murtadkan org Islam… erm makin teruk gejala sebegini.. dulu waktu aku sekolah menengah pon ada juga org bg risalah n bible waktu balik skolah… wtf… harap org² Islam tak terpedaya la…
    .-= Kill-Vearn´s last blog ..RSS Feed Icon From Topo =-.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.