surf_uBuat masa ini saya sudah menggunakan U Mobile selama beberapa bulan. Apa yang boleh dikatakan talian internet dari U mobile bukanlah pada tahap yang bagus. Boleh dikatakan agak teruk kerana terlampau perlahan. Jikapun hendak laju kena surfing pukul 3-4 pagi. Pada waktu itulah baru dapat kelajuan yang boleh dianggap munasabah. Pukul 7 malam keatas adalah waktu yang paling teruk.

Masa mula-mula daftar, reseller cakap speed boleh cecah 3.6Mbps. Memang betul, tapi kalau tak stabil buat apa. Boleh dikatakan 70% kelajuan adalah tidak munasabah. Lebih perlahan dari dial-up.

Reseller cakap, boleh pakai dengan handphone. 2-3 hari lepas aktif, masih tak boleh guna internet guna handphone dan buat panggilan ke call center. Call center cakap tak boleh guna handphone. Pulak..

Disebabkan dah daftar dan malas nak terminate, saya belilah modem 3g kat lelong.com.my dengan harga RM300. Dapatlah cuba U mobile. Ingatkan mula-mula memang perlahan, tapi rupa-rupanya sampai sekarang masih perlahan. Apa yang saya terbaca, U mobile berkongsi line dengan Celcom. Agaknya sebab tu lah perlahan.

Banyak juga komen-komen negatif berkenaan U Mobile broadband. Boleh rujuk sini dan sini. Marah betul ni….

Celcom pun teruk rupanya.

Siapa pernah pakai P1? Boleh tahan juga dan reliable. Kat pejabat saya pakai ni sebagai line backup.

Siapa pernah cuma amax? Broadband baru guna WiMax.

9 thoughts on “Kisah sedih U mobile broadband”
  1. salam…bro..
    kalau nak ikut kan tgk jugak tmpt2 umobile tu. sebb sy guna umobile jugak. ade kadang² OK kadang² KO. Tapi .. ianya bergantung pada coverage.. klu 80% x boleh capai tahan 1mb. itu pun kjep je.. tapi kami semua berharap Umobile kena pertingkatkan prestasi untuk pelanggan².. In Klang Kadang² Problum Tahap melampau kena ambil tahu kesemua nya…klu guna maxis lagi laaa delay and lag …kami harap Umobile Kena Bangkit lawan beb

  2. aku pun pakai umobile..
    mmg best.. laju kul 3~4 pagi.. time tu x dpt nak gie keje the next day. so, x de duit.. so x bayar bill..
    🙂

  3. berokben semua buat sakit jiwa. napa tak bace review
    aku? aku dah pakai nak dekat 6 berokben kat mlaysia ni.
    tinggal AMAX dengan Digi je blom.
    .-= Kreuger´s last blog ..Boss tak ada, mari kita enjoy! =-.

    1. Lame nyer kes ni bro. Skang dah ok sikit. Mungkin sebab dah ramai terminate dan line dah tak sesak. Rapidshare pun smooth je. Pernah la sampai 4 hari line tak putus langsung. Putus pun sebab off pc je.

  4. register pospaid dengan u mobile masa tengah promosi. tup tup sim tak bleh guna. call agen dia smula tp x dapat2. bil pon x sampai2. dah setahun lbih nih baru u-mobile call cakap bil tertunggak.apakah ini semua???

    1. Agen tu makan komisyen je tu. Hal2 lain serah balik pada provider. Bil U mobile mmg tak leh harap sebab memang selalu datang lambat, tapi kalau tak datang langsung dan tak pernah guna pun dah kes naya tu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.