Kes kedua influenza A (HINI) dikesan di Hospital Pulau Pinang semalam.

Ia membabitkan seorang pelajar yang baru pulang dari Amerika Syarikat pada 13 Mei lalu.

Perkara itu disahkan oleh Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Ramlee Rahmat dalam sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Pelajar itu, yang merupakan teman pelajar kes pertama, turut menaiki pesawat Penerbangan Malaysia MH091 dari New York yang tiba di KLIA pada jam 7.15 pagi 13 Mei lepas.

Pelajar mangsa pertama itu – berusia 21 tahun – dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh dan telah disahkan positif influenza A(H1N1) melalui ujian makmal yang dilakukan semalam.

Sumber Malaysiakini.

2 thoughts on “Kes kedua Influenza A (HINI) dikesan di P Pinang”
  1. Pelik juga aku
    persiapan punyala…rapi
    tapi ada juga yang terlpas
    kalau dulu rs cam xkanla…smpai ke msia penyakit nie
    cepat betul merebak
    yang bwat takutnya…..yang xdek kena mengena dngan babi pun kena

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.