Digide Technology telah menjalinkan kerjasama dengan Majalah PC untuk memberikan tutorial dan sesi soal jawab bagi keluaran Majalah itu. Digide juga turut akan menyumbangkan hadiah berupa Pek Permulaan Ubuntu bagi pemenang peraduan yang bakal dianjurkan nanti oleh Majalah PC.

Syarikat Digide Technology (001848594-K) ditubuhkan pada 25 Mac 2009 oleh Mohd Fahmi yang mana juga merupakan pengasas kepada web site dan komuniti Jom Linux.

Majalah PC pula adalah majalah IT pertama dalam Bahasa Melayu dan satu-satunya yang masih bertahan sehingga hari ini.

Diharap dengan kerjasama ini, komuniti Linux akan terus berkembang.

2 thoughts on “Kerjasama Digide dengan Majalah PC”
  1. act dah lama aku kata ngan diorang. mana linux dalam majalah pc.
    tapi tu la.. akhirnya ada gak. 🙂
    p.s dulu aku selalu gak komen setiap isu dalam blog. now dah malas.
    sebab aku tengok ok dah 😀
    .-= TMUkmkd´s last blog ..Tutorial Memasang Adobe Air =-.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.