noordin_mat_topKetua Polis Indonesia Bambang Hendarso Danuri mengaku belum dapat mengesahkan bahawa lelaki yang mati ditembak di Temanggung, Jawa Tengah semalam adalah pengganas rakyat Malaysia Noordin Mat Top, walaupun media tempatan melaporkan bahawa keluarga Noordin akan datang ke Indonesia.

Bambang berkata polis hanya akan dapat membuat pengesahan indentiti sebenarlelaki yang ditembak mati dalam serangan polis ke atas sebuah rumah di Desa Kedu semalam setelah ujian DNA dijalankan.

Jenazah lelaki itu kini ditempatkan di Hospital Polis di Jakarta untuk pemeriksaan lanjut, lapor Bernama.

Sementara itu, Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta ketika dihubungi berkata mereka belum mendapat sebarang maklumat dari pihak berkuasa Indonesia mengenai isteri dan tiga anak Noordin yang dikatakan akan datang dari Johor.

Lelaki yang disyaki Noordin itu mati ditembak dalam ‘Operasi Tiga Serangkai’ yang menurut Bambang dijalankan sejak petang Jumaat.

Sumber Malaysiakini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.