culs147037a) Stesyen Kerja

LINUX merupakan Sistem Pengoperasian yang mempunyai banyak kegunaan dan fleksibel . LINUX digunakan oleh pelajar sains komputer , ahli perniagaan, individu, dan kerajaan untuk menjimatkan kos, meningkatkan prestasi serta menyelesaikan masalah yang rumit.

Kita boleh menggunakan LINUX dengan pelbagai cara sama ada sebagai stesyen kerja, sistem pelayan (server) , gateway internet-menggunakan rangkaian untuk menyambungkan ke internet, firewall-untuk keselamatan organisasi ataupun sebagai superkomputer.

b) Pengaturcaraan

Oleh kerana LINUX sangat berkuasa LINUX boleh menjalankan banyak program dalam satu masa, boleh mengendalikan ramai pengguna dalam satu masa dan menggunakan kualiti grafik yang sangat tinggi. LINUX dapat mengendalikan jumlah data dan program yang besar tanpa masalah . Sebagai contoh apabila LINUX dipasang ada pemproses Digital Alpha 64bit LINUX ia dapat mengendalikan data sebanyak 1 terabait (1000 juta bait ) . LINUX menggunakan sistem tetingkap yang canggih dipanggil X Window System (juga dikenali sebagai X-Window, X11 atau X) serta mampu berkongsi fail dengan kebanyakan sistem UNIX, WINDOWS,OS/2, dan sistem pengoperasian yang lain.

Biasanya pakej standard LINUX akan di datangkan dengan beberapa program berikut

  1. Compiler- C,C++,PERL,C SHELL,TCSH,ASH,ZSH,PDKSK,TCL/TK,PYTHON,JAVA
  2. Editor pengkalan data
  3. Program percuma – email,editor emej(gimp), gambarajah litar, format teks dsb
  4. Editor html
  5. Program persembahan(presentation)
  6. Lembaran kerja
  7. TCP/IP
  8. Pelayar web
  9. Pemproses perkataan

 

c) Berkongsi fail dan pencetak

Oleh kerana kemampuan untuk menjalankan pelbagai tugas dalam satu masa, mempunyai memori maya serta mempunayi sistem fail yang berkuasa LINUX baik untuk dijadikan pelayan bagi perkongsian fail dan pencetak serta mudah berintegrasi dengan WINDOWS. Perisian yang dipanggil SAMBA membenarkan sistem WINDOWS berkomunikasi dengan LINUX untuk berkongsi fail ataupun pencetak. Appletalk pula membenarkan komputer MAC menggunakan LINUX sebagai pelayan fail dan pencetak. LINUX juga boleh berkongsi fail dengan sistem UNIX kerana mempunyai banyak persamaan.

Dengan menggunakan LINUX sebagai pelayan kita boleh menjimatkan kos Sistem Pengoperasian dan program yang digunakan dalah sistem ini adalah percuma dan mudah didapati.

d) Menggunakan Internet/Intranet

Kemampuan LINUX tidak terhad tetapi mampu untuk menyokong aplikasi rangkaian dan Internet. Server Web Apache misalnya merupakan sistem pelayan yang berasaskan LINUX yang paling berkuasa dan popular didunia kerana menawarkan ciri – ciri keselamatan yang terbaik malahan pula ianya adalah percuma. Kebanyakan aplikasi Internet dan Intranet yang disokong oleh Sistem Pengoperasian ini adalah :-

  • firewall – untuk tujuan keselamatan bagi mengelakkan orang yang tidak diingini memasuki sistem
  • ftp – protokol pemindahan fail yang membenarkan pertukaran fail dan perisian
  • elnet – membenarkan penggunaa login kedalam sistem secara remote
  • webserver – Apache dijadikan pelayan web
  • Samba dan NFS – berkongsi fail dalam rangkaian komputer

Kebanyakan ISP yang menggunakan LINUX dalam kebanyakan aplikasi mereka bukan hanya kerana ianya percuma tetapi kerana kod sumber pengaturcaraan dapat diperolehi sepenuhnya. Apabila timbul masalah ISP dapat membetulkan masalah dengan sendiri daripada menunggu vendor perisian komersil membetulkan masalah untuk mereka.

Bagaimana keadaan kritikal boleh berlaku?…..Pada tahun 1997 satu masalah yang berkaitan dengan TCP/IP ( disebabkan salahguna program yang dipanggil ping ) berjangkit pada hampir semua komputer yang menggunakan sistem UNIX di seluruh dunia. Masalah ini boleh menyebabkan orang yang tidak diingini memanipulasi atau menutup mana – mana komputer yang dipasang dengan sistem UNIX diseluruh dunia. Dunia perlukan pembetulan dan secara cepatnya pembetulan untuk LINUX telah dapat diperolehi di Internet dalam masa 4 jam selepas masalah tersebut dikenalpasti dan pengguna dengan mudah dapat memperbaiki sistem mereka. Vendor UNIX terpaksa mengambil masa seminggu untuk memperbaiki masalah yang sama pada sistem pelanggan mereka.

a) Firewall

LINUX memberikan perlindunngan daripada Hackers (penggodam) dengan firewall. Firewall adalah satu sistem dimana mengawal aliran pengguna didalam rangkaian daripada rangkaian luar (Internet ) dan juga mengawal rangkaian ke rangkaian luar. LINUX adalah fleksibel kerana terdapat banyak pakej yang dapat dipilih oleh kita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.