Muhd Hafiz yang sekian lama dibayangi prestasi kurang memberangsangkan sejak memenangi gelaran Seluruh England pada 2003 tampil sebagai pemain perseorangan ketiga ketika kedudukan terikat 2-2, berjaya menundukkan Joachim Persson 21-12, 21-10 untuk membawa Malaysia ke separuh akhir bertemu juara bertahan, China esok.
Bagi Hafiz, ini kejayaan paling dinanti-nantikan selama ini bagi membalas kritikan ramai pihak yang meragui kemampuannya berada dalam skuad buat kali kelima.
“Hari ini perasaan amat gembira dan puas hati kerana memastikan tempat Malaysia ke separuh akhir. Ini adalah detik terbaik untuk menebus kehampaan selepas kalah dengan Jepun sebelum ini.
“Saya puas hati dengan permainan saya hari ini. Saya terus memberi tekanan kepada Persson sejak dari awal. Saya tidak kisah diberi tugas bermain di set penentuan seperti ini, jika saya berjaya melepasi tekanan, ia memberi kepuasan kepada saya,” katanya yang turut memberi mata kemenangan ketika Malaysia mengalahkan China 3-1 pada separuh akhir Piala Thomas 2002 di Guangzhou. Sumber Metro.

Tahniah Hafiz dan terima kasih.

2 thoughts on “Kebangkitan Hafiz Hashim”
  1. harap-harap dia akan konsisten lagi lpas ni menentang China. Aku suka cara dia main,sgt cool je dari awal sampai akhir permainan. hoho

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.