Firma penarafan antarabangsa, Fitch Ratings meramalkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bakal jatuh ke paras negatif pada tahun ini berikutan dengan keadaan ekonomi yang tidak memberangsangkan dan bertambah buruk pada separuh tahun kedua.

Pengarah Urusan Penarafan Kedaulatan Asia Pasifiknya, James McCormack berkata, terdapat perbezaan besar dalam pencapaian KDNK Malaysia, penanda aras ekonomi, pada tahun ini berbanding tahun lalu.

Katanya, pada tahun lalu, Malaysia mampu mencapai pertumbuhan KDNK sebanyak 5.5 peratus tetapi merosot pada tahun ini berikutan jumlah eksport negara yang semakin menyusut.

McCormack mendakwa pakej rangsangan kedua yang diumumkan kerajaan baru-baru ini didapati gagal membantu meningkatkan jumlah eksport Malaysia.

“Kami akan menyemak semula KDNK Malaysia pada akhir bulan ini. Selain Malaysia, kami juga akan melakukan semakan serupa di beberapa buah negara Asia lain termasuk Hong Kong, Singapura dan Jepun,” katanya selepas memberikan taklimat mengenai Kedaulatan Negara-negara Asia yang Baru Muncul di sini hari ini.

Sumber Utusan.

Kejatuhan ekonomi adalah disebakan oleh kejatuhan gergasi ekonomi dunia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.