Karam Singh Walia kena rompak

Wartawan Alam Sekitar TV3, Karam Singh Walia, kerugian kira-kira RM100,000 apabila rumahnya di Taman Sri Andalas di sini, dipecah masuk malam kelmarin.

Kejadian itu disedari isterinya, Bhagwant Kaur, 49, jam 10.15 malam sebaik pulang dari kerja dan mendapati rumah berselerak.

Karam Singh, 50, berkata Bhagwant menghubunginya yang ketika itu masih di pejabat di Sri Pentas, Bandar Utama.

Katanya, beliau terus menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Klang memaklumkan kejadian itu.

“Polis mendapati jeriji di bilik belakang rumah diumpil sebelum tingkap itu dipecahkan,” katanya.

Karam Singh berkata, antara barang yang hilang adalah jam tangan, telefon bimbit, barang kemas, komputer bimbit dan mata wang asing selain beberapa kerosakan akibat rumah diumpil pencuri.

Katanya, kejadian itu pertama kali berlaku sejak mereka menetap di situ 24 tahun lalu dan mereka tidak memasang kamera litar tertutup (CCTV) atau penggera berikutan kawasan itu dekat jalan utama.

Bagaimanapun, katanya, sejak lima tahun kebelakangan ini, kejadian jenayah kerap termasuk pecah rumah dan ugut.

Sumber bharian.

admin

View Comments

Share
Published by
admin

Recent Posts

Kali kedua tak balik raya

Ini merupakan kali kedua aku tak balik kampung untuk beraya dek kerana PKP. Tahun lepas…

2 months ago

Digi dan Celcom setuju gabung

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Digi dan Celcom masing-masing bersetuju untuk bergabung dan…

4 months ago

Honda City RS EV baru boleh ditempah sekarang!!

Honda City RS EV kini boleh ditempah mulai hari ini dengan harga RM105,950 dengan pengecualian…

5 months ago

Dalam gerimis pagi

Semangat pagi yang datang setiap hari sejak seminggu lalu membuatkan Amin tidak keruan. Mana tidaknya…

9 months ago

Perodua D55L tidak dilancar tahun ini

Sebelum ini ada ura-ura Perodua bakal memperkenalkan kompak SUV pada suku kedua tahun ini. Walaubagaimanapun…

11 months ago

Tarikh pelancaran Surface Duo tanpa 5G

Setelah sekian lama membangunkan peranti ini dengan beberapa video acah dikeluarkan, akhirnya peranti yang ditunggu-tunggu…

11 months ago

This website uses cookies.