Kahwin

Alhamdullilah selesai sudah majlis walimatul urus 24hb November lepas. Cuma majlis nikah dibuat lebih awal iaitu pada 17hb. Merasa gak la cuti 2 minggu. Kalau tidak susah la nak minta cuti panjang sampai 2 minggu. Oleh sebab isteri cuma dari kampung sebelah, senang sikit la. Takde la jauh sangat antara rumah dengan rumah mertua.

Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi datang terutamanya kawan-kawan sekolah dan teman-teman sepejabat. Walaupun teman sepejabat ada aktiviti lain sebelum tu sempat juga diaorang datang menjengah.

Majlis berjalan lancar walaupun petang tu nampak macam nak hujan. Nasib baik tak hujan.

Lepas ni dah bergelar suami orang. Tanggungjawab jadi makin besar. Dah tak boleh macam dulu dah la lepak dengan kawan-kawan. Kena kurangkan le yang tu.

Akhirnya pemalu ni kawin jugak.

Seputar majlis kahwin.IMG_2261a IMG_2285a IMG_2293a IMG_2344a IMG_2372a IMG_2386a IMG_2401a IMG_2413a IMG_2425 IMG_2426

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.