iPhone HDPemerhati gadget seluruh dunia sekarang ini sekali lagi akan menumpukan kepada Apple apabila mereka mengeluarkan iPhone HD tidak berapa lama lagi. Walaupun masih belum dikeluarkan, sudah ada gambar bocor dan prototaip mula kelihatan di internet.

Kali ini daripada blog Gizmodo dimana telefon bimbit yang dipaparkan adalah merupakan prototaip kepada iPhone HD yang sebenar. Berkemungkinan ada perubahan disaat-saat akhir, tetapi pihak Apple masih lagi merahsiakan perkara ini kerana masih lagi tiada spesifikasi teknikal telefon tersebut.

Bagaimanapun menurut sumber, antara ciri terbaru adalah kebolehan video chat apabila terdapat kamera depan, kamera belakang dengan flash, butang untuk volume dan juga butang metalik.

Bentuknya juga lebih hampir kepada segi dan bawahnya lebih rata.

Untuk maklumat lebih lanjut, bolehlah melawat blog gizmodo.

4 thoughts on “iPhone HD mula kelihatan”
    1. Pastinya ada sedikit perbezaan yang tak berapa ketara sangat, dan yang penting boleh membocorkan poket. Hehe.

  1. sape yg dh iphone lama, mesti akan rs nk tkr yg baru plak..hoho
    .-= x-po´s last blog ..PATUTKAH ADA MAAF UNTUK KALI KEDUA? =-.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.