Nampaknya iPhone 6 baru ada masalah. Masalah yang dimaksudkan adalah mudah bengkok apabila diletakkan dalam poket. Istilah yang digunakan adalah bendgate. Masa iPhone 4 diperkenalkan dahulu ianya juga ada masalah dengan signal yang dipanggil antennagate.  Isu iPhone 4 menyebabkan Apple terpaksa memberikan casing bumper percuma kepada pengguna untuk mengatasi masalah itu. Walaubagaimanapun isu ini diselesaikan selepas Apple perkenal iPhone 4S.

Isu bendgate nampaknya hanya melibatkan iPhone 6 Plus. Ia adalah logik kerana telefon bimbit ini lebih besar dan lebih sukar dimasukkan dalam poket. Disebabkan besar ianya lebih mudah bengkok. Bagi iPhone 6 pula tidak mudah bengkok kerana kecil sedikit daripada 6 Plus.

Jadi sesiapa yang berkira-kira nak beli iphone 6 Plus kena fikir gak la nak beli dengan casing sekali, tapi rasanya agak tak sesuai letak dalam poket sebab handphone yang besar.

Iphone 6 Plus bendgate video

[youtube]znK652H6yQM[/youtube]

Perbandingan dengan iPhone 6, HTC One M8, Moto X.

[youtube]IROcoJeVfSI[/youtube]

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.