Intel telah perkenal 7 lagi pemproses terbaru mereka iaitu Core i5-2550K, Core i5-2450P dan i5-2380P untuk pasaran arus perdana Serta Celeron B815, B720, 867 dan 797 untuk PC mudah alih.

Bagi pemproses Core i5-2550K harganya dikatakan tidak lebih daripada USD225(lebih kurang RM687) yang mana lebih sedikit daripada Core i5-2500K. CPU ini mempunyai kelajuan 3.4GHz 4 teras 6 bebenang serta cache L3 6MB. Harga bagi Core i5-2450P pula adalah USD195, manakala i5-2380P adalah USD177 dengan spesifikasi yang sama tetapi kelajuan pemproses yang berbeza.

Bagi Celeron B815 pula mempunyai 2 teras, 2 bebenang, kelajuan 2MB L3 cache pada 1.6Ghz dengan harga USD86. Kos Celeron B720 hanya USD70 dengan 1 teras serta kelajuan pemproses pada 1.7GHz, 1 bebenang dan 1MB L3 cache.

Versi voltan rendah Celeron 867 dan Celeron 797 berharga dari USD134 dan USD107 mempunyai 2 teras dengan kelajuan pemproses 1.3GHz juga 1.4GHz.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.