cdePerkara yang perlu diketahui sebelum memasang LINUX
LINUX boleh dipasang pada kebanyakan komputer dengan pemproses AMD, INTEL sama ada 386 hinggalah kepada Pentium 4, pelbagai platform Digital Alpha, Sun SPARC, Motorolla, MIPS, Power PC, dan platform HP.

LINUX menyokong Symmetric Multiprocessing (SMP) bermaksud LINUX menyokong lebih daripada 1 CPU pada satu komputer. Sekiranya sistem mempunyai lebih daripada 1 CPU, LINUX mampu mengawal CPU tersebut sama ada membenarkan sistem menggunakan CPU tertentu untuk mengawal aplikasi tertentu. LINUX mampu mengagih – agihkan tugas kepada CPU – CPU tersebut dan menjadikan sistem lebih cekap dan berkesan kerana sistem mampu melakukan lebih daripada satu tugas dalam satu masa. Ini amat berbeza dengan sistem WINDOWS yang biasanya mengalami masalah apabila mengendalikan banyak tugas.

Spesifikasi yang diperlukan untuk memasang LINUX adalah:-

  • tanpa grafik LINUX boleh dipasang dengan hanya 4MB ram. Amat sesuai untuk terminal ataupun aplikasi yang tidak berorientasikan grafik
  • dengan grafik LINUX memerlukan sekurang – kurangnya 8MB ram, dengan 16MB aplikasi grafik akan menjadi lebih cepat
  • dengan 32MB ram LINUX mampu melakukan proses grafik dengan lebih pantas dan kebanyakan aplikasi berorientasikan grafik akan meningkat dengan lebih mendadak
  • sesetengah pembangun perisian mempunyai ram 128MB atau lebih pada sistem mereka kerana mereka memerlukan jumlah memori yang tinggi untuk menjalankan pelbagai aplikasi dalam satu masa

LINUX mengambil ruang sebanyak 40MB untuk dipasang pada cakera keras dan sekiranya untuk memasang bahagian grafik ruang sekurang – kurangnya 150 MB diperlukan. Ianya juga bergantung kepada pakej LINUX yang dipasang pada sistem. Paling ideal jumlah yang diperlukan untuk memasang LINUX adalah 4GB. Sebaik – baiknya sediakan ruang yang mencukupi untuk LINUX dan jumlah ram yang sesuai bagi memudahkan pemasangan. Perlu diingat pemasangan pada standalone workstation berbeza daripada pemasangan server kerana bagi memasang server ruang yang lebih banyak diperlukan.

LINUX juga boleh dipasang pada notebook dengan menggunakan pemacu CDROM yang terdapat padanya ataupun SCSI CDROM yang bersambung dengan PCMCIA.

Perkara lain yang perlu diketahui adalah perkakasan yang disokong oleh Sistem Pengoperasian ini dan perkakasan yang diperlukan untuk memasang LINUX dengan lengkap. Pada masa ini semua itu tidaklah menjadi masalah keranya sudah terdapat banyak driver dan sokongan yang boleh diperolehi dengan mudah melalui Internet. LINUX menyokong banyak kad grafik. LINUX menyokong format grafik seperti VGA,SVGA,XGA dan lebih tinggi. LINUX juga menyokong banyak kad bunyi sama ada yang baru atau yang lama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.