Sejarah LINUX


Pada tahun 1991 Linus Torvalds seorang pelajar University Of Helsinki di Findland membeli sebuah pc IBM386. Oleh kerana beliau tidak berpuas hati dengan sistem pengoperasian yang dibekalkan dengan komputernya dia merasakan adalah perlu baginya untuk memasang UNIX pada komputernya. Malangnya ketika itu kos untuk memiliki UNIX adalah tinggi . Beliau mula merancang dan mengumpulkan satu kumpulan pengaturcara untuk membangunkan satu sistem yang sama seperti UNIX . Mereka telah mencipta satu Cengkerang sistem pengoperasian ataupun Kernel dinamakan LINUX sempena nama Linus.x-window-system

Pembangunan Kernel Linux yang bermula pada tahun 1991 merupakan bahagian yang paling asas dalam pembangunan OS tersebut . Pada awal musim bunga 1994 versi pertama LINUX telah diperkenalkan (versi 1.0 ) dan boleh didapati untuk kegunaan awam . LINUX menjadi Sistem Pengoperasian yang paling ekonomi dan antara yang terbaik serta mampu beroperasi pada prestasi yang efisyen walaupun mempunyai memori yang rendah serendah 2MB . Sistem percuma ini menawarkan pelbagai kemudahan yang biasanya berharga beribu –ribu ringgit.

Antara ciri – ciri yang terdapat pada LINUX :-

  • Multitasking – ( multitugas – melaksanakan lebih dari satu kerja dalam satu masa )
  • Kemampuan untuk ramai pengguna menggunakan sistem pada masa yang sama
  • Menggunakan ‘Demand Virtual Memory’ di mana membenarkan program yang memerlukan RAM lebih besar dari RAM sebenar komputer tersebut

Terdapat lebih kurang 125 ribu pengguna aktif LINUX pada tahun 1994 ( oleh kerana tiada lesen diperlukan untuk pasang LINUX jumlah sebenar pengguna LINUX tidak dapat diketahui ) Pada tahun 1997 iaitu selepas 3 tahun jumlah pengguna LINUX telah menjangkau 3 juta orang dan semakin meningkat. Menjelang musim panas 1999 pengguna LINUX telah menjangkau lebih 10 juta orang berbanding pengguna Windows seramai 200 juta orang.

Walaupun LINUX boleh didapati secara percuma tetapi pakej LINUX telah menguasai pasaran Sistem Pengoperasian sebanyak 15% pada setengah tahun pertama 1999. Laman web untuk memindah terima LINUX secara percuma terdapat di LINUX online http://www.linux.org. Bagi mendapatkan pakej tertentu LINUX dan aplikasi serta sokongan teknikal bolehlah melawat http://www.caldera.com, http://www.macmillansoftware.com, http://www.suse.com, http://www.redhat.com, http://www.slackware.com, http://www.mandrake.com.

LINUX merupakan Sistem Pengoperasian yang stabil, percuma dan sentiasa berubah mengikut kehendak pengguna sama ada untuk menjadi Sistem Pengoperasian yang ringkas atau canggih . Kebanyakan pembangun LINUX datang dari seluruh dunia untuk membangunkan Sistem Pengoperasian ini secara sukarela dan mengubahsuainya secara percuma serta menyedakan sokongan pelbagai sokongan teknikal dalam pelbagai laman web.

LINUX boleh diubahsuai untuk menjadi seperti WINDOWS dengan menggunakan antaramuka grafik seperti X Windows http://www.x.org , GNOME http://www.gnome.org , KDE http://www.kde.org dan Enlightenment http://www.enlightenment.org .

Antara ciri menarik yang terdapat pada LINUX adalah keupayaan membawakan UNIX sebagai pesaing WINDOWS . LINUX didapati lebih stabil dan cekap bernbanding windows yang selalu bermasalah terutamanya bagi aplikasi pelayan (server) . Kini telah ramai pengguna WINDOWS telah beralih kepada LINUX sebagai salah satu alternatif yang murah . Di samping itu juga banyak program LINUX telah di bangunkan untuk menampung pengguna LINUX yang semakin meningkat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.