Ikan patin sememangnya ikan yang sedap. Tapi jika dibandingkan dengan ikan baung, orang kata sedap lagi ikan baung. Walaubagaimanapun kisah ni berlaku di bandar ikan patin iaitu Temerloh.

Satu kumpulan pelanggan seramai 50 orang dikatakan dikenakan bayaran sebanyak RM13000 untuk ikan patin yang mereka makan di Temerloh. Sampai 13 ribu dah berkali-kali ganda dah gaji aku tu sebulan. Dikatakan patin buah berharga RM90-RM120 sekilo dan bila dimasak dijual pada harga RM25-35 seketul manakala bagi patin sangkar, sekilo berharga RM15 dan bila dimasak seketul RM5 atau RM7.

Bagi kaki pancing, ikan patin sememangnya ikan yang dicari pun.

Sekumpulan 50 pelanggan yang makan hidangan masakan kampung termasuk ikan patin di sebuah restoran di Temerloh, terkejut apabila
mereka dikenakan bayaran RM13,000.

Menurut seorang daripada kumpulan itu yang enggan namanya disiarkan, beliau membawa rakan-rakannya menikmati makan tengah hari di restoran berkenaan baru-baru ini yang menyediakan ikan-ikan sungai, ulaman dan sayur-sayuran kampung.

“Selesai makan, pemilik restoran berkenan mengenakan bil berjumlah RM13,000 dan saya terpaksa membayar,” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata, jika dikira, setiap seorang daripada 50 orang itu, dikenakan bayaran RM260.

“Ini melebihi makan di restoran enam bintang di Kuala Lumpur,” katanya.

Kejadian itu kini menjadi bualan peniaga serta penduduk di daerah Temerloh.

NONEBernama difahamkan ikan patin buah atau patin muncung dijual pada harga antara RM90 dan RM120 sekilogram, dan apabila dimasak, ia dijual dengan harga RM25 hingga RM35 seketul mengikut saiznya.

Ikan patin sangkar pula berharga RM15 sekilogram, dan jika dimasak, dijual antara RM5 dan RM7 seketul.

Ikan patin sungai berwarna kelabu manakala patin sangkar berwarna cerah dan putih di bahagian sisik atas dan bawahnya pula berwarna kemerahan serta banyak lemak.

Ketua Pegawai Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan cawangan Temerloh, Othman Din, meminta restoran dan kedai makan di Temerloh supaya mempamerkan tanda harga atau menyediakan harga pada menu jualan bagi kemudahan pelanggan dan orang ramai.

Mereka yang tidak mempamerkan tanda harga boleh dikenakan denda sehingga RM15,000 atau penjara dua tahun atau keduanya sekali, katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.