huawei_mate_9Huawei Mate 9 baru saja diumumkan pada satu acara khas di Jerman walaupun maklumat berkenaan telefon pintar ini telah beberapa kali bocor di Internet. Huawei Mate 9 dikuasakan oleh cipset Kirin 960 octa-core Cortex-A73  dengan kelajuan 2.4GHz serta Cortex-A53 dengan kelajuan 1.8GHz. Ianya juga turut menggunakan GPU ARM Mali-G71 MP8 beserta RAM sebesar 4GB. Phablet skrin 5.9 inci dengan kerangka logam ini hanya 7.5mm tebal dan berat 190g.

Seperti yang diketahui, Huawei Mate 9 menggunakan 2 kamera Leica 20MP  f/2.2 monokrom dan sensor 12MP f/2.2 warna. Kedua-dua kamera dilengkapkan dengan penstabil optik, dan menggunakan autofukus hibrid 4 dalam 1 yang termasuk laser, fasa pengesan, kedalaman dan kontras.

[youtube]fXkiyGM9lzk[/youtube]

Pada acara yang sama Huawei turut membawa Huawei Mate Porsche Design edisi terhad. Telefon pintar ini kecil sedikit daripada mate 9 iaitu berskrin 5.5 inci. Ianya turut mempunyai paparan melengkung. Ia adalah lebih nipis dan ringan juga – 7.5 mm, 169g, tetapi mempunyai kapasiti bateri 4,000mAh. Juga menggunakan cipset Kirin 960 tetapi dengan RAM 6GB.  Storan ditawarkan adalah sehingga 256GB.

Telefon ini turut menggunakan kamera Leica dengan sensor warna 12MP dan 20MP sensor hitam putih. Ini adalah generasi kedua kamera yang terdapat di P9. Kamera juga mampu menangkap video 4K 2160p sama seperti generasi P9.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.