HTC merupakan salah satu daripada telefon bimbit dalam wishlist aku tahun 2010 selain daripada Blackberry dan iPhone. Dengan pengenalan barisan model baru daripada HTC, nampaknya mereka serius untuk menyaingi iPhone dalam segmen telefon sesentuh. Kali ini melalui HTC Eris.

HTC Eris baru sahaja diperkenalkan di US melalui Verizon Wireless. Adalah masih tidak diketahui lagi bila ianya akan memasuki pasaran malaysia.

HTC Droid Eris
HTC Droid Eris

Antara ciri-ciri yang mesti ada bagi telefon baru adalah kebolehan untuk bersosial. Oleh itu HTC Eris dilengkapi HTC Peep. Anda boleh berFacebook, guna Google Talk, guna Flickr dan juga menggunakan Twitter.

Telefon ini menggunakan Google Android sebagai sistem operasi. Ianya dikuasakan oleh pemproses Qualcomm MSM7600 528MHz dengan 512MB ROM dan 288MB RAM. Skrin Eris bersaiz 3.2inci dengan resolusi 320×480 HVGA. Waktu bercakap adalah 214 minit dan waktu sedia adalah 373 jam bagi telefon ini. Tefefon bimbit ini dilengkapi dengan 5MP camera dengan fokus automatik.

Bentuk telefon yang menarik dengan ciri-ciri terkini, menjadikan Eris tersenarai dalam wishlist aku.

2 thoughts on “HTC Droid Eris, bila nak masuk pasaran Malaysia?”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.