Siapa layan cerita House MD? Aku memang suka pun cerita ni. Dah siap buat koleksi dari musim pertama lagi. Bagi aku musim ke 3 tu paling best. Dengan perangai Dr House yang menjengkelkan serta lawak yang bersahaja yang dibuat beliau.

Sedikit tentang House.

House atau lebih dikenali sebagai House MD adalah rancangan drama TV perubatan untuk rankaian Fox di US. Ianya mula diterbitkan sejak 16 November 2004. Drama ini dicipta oleh David Shore dan Paul Attanasio. Watak utama dipegang oleh Hugh Laurie sebagai Dr Gregory House, genius dalam bidang perubatan dibantu oleh pasukannya didalam sebuah hospital yang sebenarnya tidak wujud iaitu Princeton-Plainsboro Teaching Hospital di New Jersey. Watak House banyak dipengaruhi oleh watak Sherlock Holmes, genius dalam forensik, pemuzik, pengguna ubat(vicodin), dan juga kesunyian.

Dr House selalu berselisih faham dengan bosnya, pengurus hospital dan Dekan Perubatan Dr Lisa Cuddy, watak yang dilakonkan oleh Lisa Edelstein dan pasukan diagnostik kerana banyak hipotesis tentang penyakit pesakit adalah berdasarkan sesuatu yang kontroversi. Perangai beliau memang menjengkelkan.Oleh itu beliau tidak ramai kawan. Beliau hanyalah rapat dengan Dr james Wilson yang dipegang oleh Robert Sean Leonard ketua jabatan Onkology.

Semasa 3 musim pertama House MD, pasukannya adalah trerdiri daripada Dr Robert Chase(jesse Spencer), Dr Allison Cameron(jennifer Morrison) dan Dr Eric Foreman(Omar Epps). Pada akhir musim ketiga, pasukan ini dibubarkan. Pada awal musim keempat, House bergabung semula dengan Foreman tetapi secara berperingkat beliau mula memilih ahli pasukan baru. Cara memilih ahli pasukan memang unik dimana beliau membuat seperti program realiti TV pada musim ini. Ahli pasukan baru terdiri dari Dr Remy Hadley(Olivia Wilde), tetapi beliau tidak memanggil namanya sebaliknya memanggil dengan nama “Thirteen”, Dr Chris Taub(Peter Jacobson) dan Dr Lawrence Kutner(Kal Penn). Bagaimanapun Dr Lawrence Kutner tidak lama kerana beliau membunuh diri.

Dr Chase dan Cameron terus muncul dalam peranan berbeza dan mereka berkahwin pada akhir musim ke 5. Pada akhir musim ke 5, Dr House telah menjalani rawatan sychiatric di hospital Mayfield Psychiatric kerana masalah halusinasi yang dialamia akibat pengambilan ubatan berlebihan.

Berkenaan dengan musim keenam.

Musim keenam bermula pada 21 September 2009 dengan tajuk Broken. Ianya bermula dengan program pemulihan dari ketagihan vicodin dari badannya untuk mengawal halusinasi beliau. Pasukan beliau telah kembali kepada asal dan beliau juga mengambil Thirteen dan DR Chris Taub dalam pasukannya.

Preview

[youtube]e5k-jotksSM[/youtube]

11 thoughts on “House MD musim keenam, episod 1-9”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.