Drama bersiri House telah tamat pada episod 22.  Episod terakhir ini lebih banyak menampilkan flashback. Sinopsis episod terakhir lebih kurang begini;

Setelah sekali lagi mungkin dimasukkan penjara, House melarikan diri. House tiba-tiba mendapati beliau berada dalam bangunan yang sedang terbakar selepas menyuntik dadah bersama bekas pesakitnya yang telah mati. Dengan bagunan yang mungkin runtuh bila-bila masa, House berhalusinasi tentang orang dari masa lalu kerana beliau ingin memutuskan hidupnya bernilai atau tidak.

Akibat risaukan keadaan House, Foreman dan Wilson mencari House dan dapat mengesan dimana House tetapi sudah terlambat. Bangunan dimana House berada telah terbakar dan meletup.

Selepas pengebumiaan beliau, House mendedahkan beliau telah terselamat serta kematiannya dipalsukan. Perkara ini hanya diketahui Wilson ketika majlis memperingati kematiannya.

Akhirnya House dapat meluangkan masa berkualiti bersama Wilson dalam bulan-bulan terakhir sebelum Wilson mati akibat penyakit kanser yang dihadapi.

Dalam episod ini juga memaparkan Cameron yang telah berkahwin semula kini menjadi seorang ibu, Chase pula menggantikan tempat House dalam jabatan tersebut.

Penutupnya dilihat House bersama Wilson menunggang motosikal besar ke destinasi yang tidak diketahui.

TAMAT.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.