Hackintos PC dengan dual monitorApa maksud Hackintosh? Ianya dari gabungan perkataan Hack dan Macintosh. Macintosh merujuk kepada OS Mac daripada Apple. Ideanya adalah memasang Mac OS kedalam PC Intel atau AMD.

Jika rajin google dalam internet, kita akan jumpa pelbagai cara dan tutorial bagaimana untuk memasang Mac OS dalam PC. Ada banyak juga custom Hackintosh DVD seperti iatkos boleh digunakan untuk tujuan ini. Juga boleh menggunakan DVD asal Mac OS tetapi dengan bantuan perisian ternetu untuk boot boleh menjayakan projek Hackintosh.

Saya telah cuba dalam PC saya. Spesifikasi PC saya adalah seperti bawah;

  • Intel Core i5 2500K
  • 16GB Ram
  • Geforce GTX 465
  • Motherboard Asrock Z68 Pro3

Apa yang penting hardware dan cipset dalam motherboard juga perlu diketahui terlebih dahulu. Pastikan kita tau secara spesifik misalnya cipset kad bunyi. Bagi motherboard saya, ianya menggunakan ACL892. Adalah penting untuk mengaktifkan AHCI dalam bios sebelum memasang Hackintosh. Jika tidak akan ada masalah.

Perkara penting lain adalah boot flag. Biasanya kalau berjaya boot sepatutnya tiada masalah untuk memasangnya. Boot flag yang saya gunakan adalah;

-v acpi=off

Setakat ini saya telah berjaya pasang gunakan iatkos L2( Mac OS X Lion) pada PC saya dan  cuma terdapat masalah bunyi sahaja. Lain tiada masalah sehingga boleh melakukan kemaskini OS. Internet berfungsi dengan baik. Dual monitor berungsi.

Saya telah cuba beberapa kali pada Laptop tapi nampaknya belum berjaya pasang Hackintosh pada laptop.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.