Gula baru saja naik awal tahun baru. Minyak juga dijangka akan naik apabila subsidi ditarik. Terbaru, kadar to juga bakal dikaji.

Kerajaan kaji pakej kadar tol lebih munasabah: PM

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan dalam proses terakhir kajian pakej kadar tol lebuh raya yang munasabah untuk rakyat.

Perdana Menteri berkata, pakej itu merangkumi pelbagai aspek untuk kepuasan pelanggan termasuk kualiti dan kemudahan yang disediakan.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Persada Plus, iaitu Bangunan Ibu Pejabat baru Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dekat sini sebentar tadi.

p/s- Nasib baik gaji ada naik sikit.

2 thoughts on “Gula baru naik, minyak bakal naik, tol dijangka lebih munasabah(naik le tu)”
    1. Lepas gula naik. Tol naik. Tol ni logistik. Kalau kos logistik naik, bermakna kos untuk menghantar barang-barang dagangan akan naik. Bila kos naik, barang-barang akan naik harga juga. Memang cantik lah setup. Gula naik, minyak naik, tol naik. Ketiga-tiga tu benda asas.

      Lepas ni benda-benda yang berkaitan dengan benda asas ni pasti naik juga walau macam mana pun kerajaan kawal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.