Google Translate kini guna Neural Machine Translation untuk lapan bahasa

neurallearning_translate_blogGoogle Translate kini berusia sepuluh tahun dan menyokong 103 bahasa. Namun ciri baru yang dperkenalkan hari ini bakal mengubah cara bagaimana penterjemahan dilakukan dengan lebih tepat. Sebelum ini cara terjemahan lebih kepada terjemahan terus. Ianya dipanggil Neural Machine Translation yang menyokong lapan bahasa: Bahasa Inggeris, Perancis, Jerman, Sepanyol, Portugis, Cina, Jepun, Korea, dan Turki. Ianya adalah bahasa yang dipertuturkan kira-kira 1/3 daripada populasi dunia dan merangkumi 35% daripada pertanyaan Google Translate.

Sistem baru ini menterjemahkan ayat pada satu-satu masa, dengan mengambil kira makna yang dimaksudkan secara keseluruhan  konteks yang lebih luas. Ini menjadikan terjemahan lebih semulajadi berbanding sistem lama yang menterjemah satu-satu perkataan. Tatabahasa juga akan bertambah baik disamping sistem baru juga boleh belajar dari masa ke semasa untuk terjemahan lebih baik.

Neural Machine Translation akan diperluaskan kepada lebih banyak bahasa tetapi tiada garis masa bila dianya akan dilancarkan. Hanya tunggu dan lihat.

 

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.