Google Nexus One

Seperti sedia maklum, Google berura-ura mahu mengeluarkan telefon bimbit mereka sendiri menggunakan sistem operasi Android.

Telefon ini telahpun dikeluarkan oleh Google dan boleh didapati di pasaran US dan dipanggil Nexus One. Telefon ini sebenarnya dihasilkan oleh HTC, dan menggunakan Android 2.1. Nexus One dikuasakan oleh pemproses 1GHz Qualcomm Snapdragon. Skrin digunakan adalah berjenis skrin sesentuh AMOLED (480 x 800) dan turut mempunyai kamera 5MP.

Ciri lain adalah Flash LED, WiFi, accelerometer, kompas, GPS, Bluetooth stereo dan headphone jack. Juga terdapat trackball untuk navigasi mudah dengan LED boleh berubah warna untuk menunjukkan notifikasi berbeza.

[youtube]I6COwgigJ-g[/youtube]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.