Pengasas Microsoft Corp., Bill Gates kini kembali menduduki takhta teratas senarai individu terkaya di dunia pada tahun lalu, apabila mengatasi pelabur terkenal, Warren Buffett.
Senarai itu dikeluarkan oleh majalah Forbes ketika kemelesetan kewangan global menyebabkan jutawan dunia mengalami kerugian sebanyak tinggi AS$2 trilion (RM7.35 trilion).
Bilangan jutawan dunia berkurang sebanyak hampir satu pertiga kepada 793 orang pada tahun lalu, kebanyakannya di Rusia, India dan Turki.
Gates sekali lagi menjadi lelaki terkaya di dunia dengan aset berjumlah AS$40 bilion (RM147.4 bilion) selepas jatuh ke tangga ketiga pada 2007 semasa mempunyai aset AS$58 bilion (RM213.6 bilion).
Buffett yang menduduki tangga pertama sebelum ini dengan kekayaan bernilai AS$62 bilion (RM228.3 bilion), kini jatuh di tempat kedua dengan aset berjumlah AS$37 bilion (RM136.6 bilion).
Tempat ketiga dimiliki oleh taikun telekomunikasi dari Mexico, Carlos Slim dengan aset berjumlah AS$35 bilion (RM129.2 bilion) berbanding AS$60 bilion (RM221.5 bilion) tahun lalu. Sumber-utusan.
mantap surantab… 🙂
.-= AzzaaM´s last blog ..Contest ngeTop ngeTren =-.