Lamborghini-Reventon-Roadste

Gambar Lamborghini terbaru yang bakal dikeluarkan di Frankfurt telah bocor seminggu lebih awal di internet seperti Reventon Coupe yang telah dilancarkan ditempat yang sama 2 tahun lalu. Direka khas untuk menjadi kereta yang dikatakan halimunan di atas jalan, Reventon adalah diinspirasikan daripada pesawat pejuang halimunan F22 Raptor. Badan kereta adalah dibuat daripada gentian karbon dengan roda 18 inci menjadikannya kereta ringan tetapi pantas dan nampak garang. Seluruh badan bersegi nampak begitu sinonim dengan pesawat pejuang tersebut. Kereta ini dijanakan oleh enjin 6.5 liter V12 dengan kuasa 650HP, 0-100km/j hanya dalam masa 3.4 saat, dengan kelajuan terpantas 340km/j (211bsj). Kereta ini cuma dibuat dalam 20 unit sahaja dan berharga 1.2 juta Euro(1.75juta USD).

6 thoughts on “Gambar Lamborghini Reventon Roadster”
  1. perghhh ni la kete faveret aku, sejak 3 host dlm top gear review lama dulu :((
    .-= Sham Hardy´s last blog ..Whatever… =-.

  2. sy sorg yg sngt obsis dgn krta sport…
    impian sy adalh utk bljr b’snggh2 untk dptkn krta yg sy idamkn

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.