Kumpulan Wang Simpanan Pekerja hari ini mengumumkan kadar Dividen bagi tahun berakhir 31 Disember 2011 adalah sebanyak 6 peratus. Pengerusi KWSP berkata kadar ini adalah tertinggi dalam tempoh sepuluh tahun dengan bayaran sebanyak RM24.47 bilion akan diagihkan kepada pencarumnya.

“Ia merupakan prestasi terbaik sejak tahun 2001 hasil strategi pelaburan jangka panjang dan berhemah KWSP, berserta usaha berterusan pasukan pelaburannya,” kata Pengerusi KWSP Tan Sri Samsudin Osman dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.

“Sementara pelaburan berpendapatan tetap memberikan pulangan yang stabil, prestasi keseluruhan KWSP, sebahagian besarnya disumbangkan oleh perolehan dalam kedua-dua ekuiti tersenarai awam domestik dan global, serta program pengurusan yang aktif,” katanya.

Setakat 31 Disember 2011, Samsudin berkata jumlah aset pelaburan KWSP terus mencatatkan pertumbuhan sihat sebanyak 6.52 peratus kepada RM469.22 bilion daripada RM440.52 bilion pada tahun 2010.

Sementara itu laman web KWSP didapati telah mengalami kesesakan trafik oleh kerana ramai yang mahu menyemak penyata KWSP dan jumlah DIviden yang bakal diperolehi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.