KRU Studios adalah pengedar bagi filem animasi ‘Sunshine Barry & The Disco Worms’. Filem animasi antarabangsa pertama yang akan diedarkan oleh KRU Studios dan Norman Abdul Halim selaku CEO begitu teruja dengannya. Untuk pengetahuan korang, filem ini adalah dari Denmark dan diarahkan oleh Thomas Borch Nielsen yang baru-baru ini memenangi anugerah semasa Brussels International Film Festival dan Robert Festival.

Filem ini adalah mengisahkan cacing tanah bernama Barry yang bosan menjadi cacing(rantai makanan paling bawah) sehingga pada satu hari terjumpa piring hitam lama. Piring hitam lama itu menandakan permulaan baru lebih bermakna bagi Barry. Selepas itu misi Barry adalah memulakan kumpulan terhebat iaitu kumpulan disco Boogie dan lebih dikenali sebagai ‘Sunshine Barry And The Disco Worms’. Barry menjadi vokal utama dan pemain keyboard, Tito(bass), Gloria(vokal), Jimmy(gitar) dan Donna(drum).

Mereka semua menghadapi pelbagai cabaran termasuk ditangkap sebagai umpan pancing ketika perjalanan mereka untuk menjertai pertandingan nyanyian tahunan.

Bawalah anak anda(kalau ada anak le) menonton filem ni 9 April ni. Pasti tak bosan. Bawah sedutan filemnya sedikit.

[youtube]hh5TiyuqPx4[/youtube]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.