Bekas imam Masjid Wilayah Persekutuan – mendakwa diarah menjadi saksi sumpah laknat seorang pemuda yang menuduh diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim – dipecat daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Ramlang Porigi, yang ditukar serta-merta ke jabatan tersebut September lalu tidak lama selepas berucap dalam satu kempen politik ketika pilihanraya kecil Permatang Pauh, mendapat surat pemecatan itu minggu lalu.

Dalam surat bertarikh 20 Januari, ketua pengarah Jakim Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz menyatakan bekas imam muda itu didapati “bersalah dan dikenakan hukuman buang kerja”.

Tindakan itu dipercayai dengan sebab Ramlang dianggap telah “mencemarkan nama perkhidmatan awam” setelah naik pentas politik dalam kempen Anwar pada 24 Ogos lalu. Berita lanjut…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.