Inspiron Mini 10Dell telah menaiktaraf Inspiron Mininya. Netbook Inspiron Mini 10 daripada Dell adalah antara netbook yang terlaris daripada Dell. Kini ianya mendapat sentuhan baru dengan keupayaan bateri lebih baik digabungkan pula dengan penambahbaikan teknologi serta sambungan internet yang mudah. Mini 10 dilengkapkan dengan hiburan definisi tinggi, kelancaran video streaming, melayari web, membuka email, mendengar muzik serta berkongsi fail dalam masa nyata. Netbook ini bakal dipasaran pada awal Januari 2010.

Netbook ini mempunyai skrin 10.1 inci, baterinya boleh bertahan sehingga 9.5 jam. Dengan skrin HD, kebolehan bunyi sekeliling, penala HDTV terbina dalam atau GPS yang digabungkan dengan WiFi bagi memberikan maklumat berkenaan restoran, mercu tanda, peta dan hiburan merupakan ciri yang standard bagi netbook ini.

Netbook ini menggunakan Intel Atom N450 pada kelajuan 1.66Ghz. Cakera keras boleh dipilih antara 160GB atau 250GB. Harga bagi netbook adalah $299.

2 thoughts on “Dell Inspiron Mini 10”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.