fan2044797Dedaun rimbun,
Kau teduh dan redup.
Tempat bernaung dikala panas.

Dedaun rimbun,
Kau memayungi kami.
Dikala lelah dikala ribut.

Dedaun rimbun,
Kibarkan helaian daunmu.
Aku bahagia dalam dakapanmu.

Wahai dedaun rimbun,
Jangan kau gugur sebelum layu.
jangan kau gusar dihempas bayu.

Kau dedaun rimbun,
Membelai jiwaku menyelami hatiku.
Membasah pipiku dengan sentuhanmu.

Dedaun rimbun,
Andai kita bertemu lagi.
Walaupun dalam mimpi.
Janganlah kiranya dikau.
Menyepi menyendiri lagi.

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.