love2Esok dia cakap ada kenduri kahwin. Yang akan kahwin itu adalah anak saudara sebelah mak. Dia juga cakap esok akan sibuk sikit.

Kalau ikut adat orang sebelah sana, biasanya jika ada majlis kenduri mesti ada karaoke. Tak tahulah adakah wajib di adakan majlis macam tu. Bila aku tanya dan cakap tak mahu buat dia suruh bagi alas an munasabah. Aku cakap la bising malam-malam orang nak tido. Tak boleh terima katanya alasan tu.

Bagaimana nak bentuk seseorang yang tak sama aliran pemikiran macam kita. Tuhan telah takdirkan lelaki dan perempuan berpasangan. Setiap seorang melengkapi satu sama lain. Mesti ada sefahaman. Jika tidak runtuhlah perhubungan. Lelaki kata perempuan kompleks macam shopping complex. Perempuan juga kata lelaki kompleks. Siapa yang kompleks sebenarnya ni?

Lelaki tak kompleks. Apa yang lelaki nak biasanya akan berterus terang atau straight to the point. Mungkin kalau perempuan tak terus cakap apa yang dia nak. Tapi ada juga lelaki yang tak berterus terang, ada yang berkias-kias. Susah juga tu kalau perempuan bersuamikan dengan lelaki macam ni.

Aku kemabukan dan keasyikan macam Dr House ketagih Vicodin. Berikan aku ubat atau sekerang-kurangnya placebo(baca plasebo)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.