Home » Archive

Articles in the misc Category

misc »

[16 Dec 2009 | 5 Comments | ]

Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin hari ini menafikan bahawa beliau akan berkahwin dengan pelakon terkenal tanah air, Zizie Ezette.
“Saya tidak cukup kacak untuk beliau,” kata wakil rakyat BN itu ketika dihubungi melalui telefon selepas wakil media gagal menjejakinya di bangunan Parlimen.
Desas-desus yang mengatakan Bung Moktar, 50, akan berkahwin dengan Zizie, 31, (kanan) merebak dengan pantas di Parlimen sejak pelakon itu membuat pengakuan dilamar seorang ahli parlimen dari Sabah baru-baru ini.
Sebelum itu, Bung Moktar telah berjanji untuk datang ke bangunan Parlimen untuk berjumpa dengan beberapa wakil media yang ingin …

misc »

[16 Dec 2009 | No Comment | ]

Syarikat Boeing telah berjaya melakukan penerbangan sulung pertama pada hari ini setelah hampir 2 tahun bergelut dengan masalah kewangan. Pesawat Boeing 787 Dreamliner dikatakan merupakan pesawat yang menjimatkan bahan api dan jika dilihat pada rekabentuk sayap, ianya kelihatan membengkok keatas untuk lebih aerodinamik.
Pesawat direka khas daripada karbon yang ringan serta titanium dikatakan menjimatkan bahan api serta kos penyelenggaraan pada awalnya dihambat oleh kekurangan bolt(skru), kesalahan rekabentuk dan mogok pekerja selama 2 bulan masih mempunyai jalan yang berliku sebelum dapat membuktikan bahawa syarikat ini telah berjaya.

Tags: boeing, dreamliner, penerbangan, sulung

misc »

[16 Dec 2009 | One Comment | ]

Nokia 5235 adalah adik kepada Nokia 5230 dimana ianya mempunyai persamaan dengan telefon bimbit itu. Telefon ini didatangkan dengan Symbian S60 edisi 5 merupakan salah satu telefon bimbit berorientasikan muzik.
Nokia 5235
Nokia 5235 dilengkapi skrin lebar bersaiz 3.2 inci dengan resolusi 640×320 piksel. Ianya juga merupakan telefon skrin sesentuh.
Dari segi sambungan, ianya menyokong GSM 850/900/1800/1900, WCDMA 850/1900, 850/2100 dan 900/2100. Ianya menyokong WiFi dimana Nokia 5230 tidak ada.
Ciri utama lain termasuk kamera 2 megapiksel, Bluetooth 2.0 + EDR, Flash Lite 3.0 dan Java MIDP 2,1 API. Frekuensi WCDMA yang disokong bergantung …

misc »

[16 Dec 2009 | No Comment | ]

Timbalan Presiden PKR Dr Syed Husin Ali hari ini mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Negara untuk tempoh tiga tahun.
Beliau mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Wong Foon Meng di bangunan Parlimen di Kuala Lumpur.
Syed Husin, 63, yang dilantik oleh Dewan Undangan Negeri Selangor, berkelulusan ijazah doktor falsafah daripada London School of Economics dan berkecimpung dalam bidang politik sejak 50 tahun lepas.
Ketika ditemui Bernama selepas majlis angkat sumpah itu, beliau melahirkan perasaan gembira dan berharap menyumbang idea yang dapat dimanfaatkan oleh semua pihak. BERNAMA

Tags: angkat, husin, senator, sumpah, …