Home » Archive

Articles in the Linux Category

Linux, misc »

[8 Nov 2014 | No Comment | ]

Terdapat lima kategori fail yang biasa iaitu fail pengguna, fail sistem, fail direktori, fail istimewa, serta fail yang boleh dilaksanakan.

Fail pengguna – fail yang dicipta oleh pengguna sendiri dan boleh juga dipanggil fail tipis. Fail ini biasanya mengandungi data yang mudah termasuk teks dan nombor. Fail yang lebih kompleks seperti grafik dan lembaran kerja mesti diterjemahkan dan digunakan oleh program yang telah dikhaskan. Fail seperti ini tidak boleh di lihat dengan editor teks kerana kandungan fail tidak selalunya teks ASCII. Perubahan pada fail ini hanya akan memjejaskan pengguna yang memiliki …

Linux, misc »

[7 Nov 2014 | No Comment | ]

– Sejarah
Apabila Ken Thompson dan Dennis Ritchie mula – mula menulis UNIX mereka mula mencari idea baru untuk pengguna menggunakan komputer. Salah satu idea yang mereka perolehi adalah untuk membuat antaramuka pengguna komputer boleh berubah dan di tukar untuk keperluan spesifik bagi sesuatu aplikasi.

Antaramuka pengguna ini dipanggil penterjemah arahan kerana ia akan menterjemahkan apa yang ditaip oleh pengguna dan menukarkannya kepada sesuatu yang dapat difahami oleh komputer. Kebanyakan sistem komputer mempunyai penterjemah arahan yang terbina dalam Sistem Pengoperasian tetapi pengguna tidak dapat mengubahnya. Sistem DOS dibina dengan cara ini. Pembangun …

Linux, misc »

[7 Nov 2014 | No Comment | ]

Sejarah
Pada tahun 1984 projek ANTHENA MIT cuba membangunkan sistem komputeryang mampu menyambungkan beribu-ribu komputer kepada rangkaian dalaman. Projek ini pada asalnya dimulakan oleh Brian Reid dan Paul Ascente daripada Universiti Stanford dan dinamakan projek W. Projek ini kemudannya diteruskan oleh Bob Scheifler (MIT) dan Jim Gettys (Digital Eqp. Corp.) tetapi kemudiannya dikenali sebagai X. Sistem ini kemudiannya dinamakan sistem X Window iaitu antaramuka grafik bagi sistem pengoperasian LINUX serta kebanyakan sistem lain.
Pihak GNU kemudiannya memperkenalkan GNOME iaitu GNU Network Model Environment. GNOME adalah persekitaran grafik yang bukan sahaja mudah digunakan …

Linux, misc »

[7 Nov 2014 | No Comment | ]

Rajah 2.4 1 – antaramuka terbaru KDE
KDE juga merupakan pengurus antaramuka yang popular bagi LINUX. Ciri-ciri yang terdapat pada KDE lebih kurang sama dengan GNOME. Kebanyakan fungsi-fungsi standard juga menyerupai GNOME seperti pengurus fail(konqueror-boleh juga digunakan sebagai browser web), panel dan sebagainya.
No tags for this post.