cheese

Cara membuat keju sangat mudah. Korang suka makan keju? Korang tak tahu apa itu keju? Kalo korang tak pernah makan Pizza-Hut memang la korang tak tahu apa itu keju.

Bagi orang kampung, keju bukanlah makanan yang biasa sebab keju agak mahal kalau nak dibeli, tapi kalau dibandar mungkin tiap peti sejuk dirumah ada keju.

Sebenarnya keju dihasilkan daripada susu. Mudah aja nak hasilkan keju. Boleh buat dirumah dengan bahan-bahan yang memang dah ada. Susu segar aje kot kena beli.

Bahan- bahan diperlukan.

  1. 2 cawan susu segar
  2. 4 sudu teh cuka makan(bukan cuka getah ye) atau jus lemon.
  3. Garam

Cara-cara membuat keju:

  1. Masak susu dalam periuk dan sentiasa kacau sehingga mendidih. Pastikan sentiasa dikacau bagi mengelakkan susu hangus.
  2. Tutup api apabila susu sudah mendidih tapi biarkan periuk atas dapur.
  3. Masukkan 4 sudu cuka dalam susu dan kacau, susu akan bertukar menjadi dadih dan meninggalkan air dipanggil whey(aku tak tau apa dipanggil dalam bm)
  4. Kacau rata dan biarkan selama 5-10 minit di atas dapur.
  5. Letakkan penapis(penapis santan pun boleh) atas besen. Letakkan kain bersih atas penapis santan. Tuang dadih dalam periuk ke atas kain untuk memisahkan daripada air.
  6. Tekan keju untuk memaksa air keluar dari keju.
  7. Tambah sedikit garam dan tekan lagi bagi menghilangkan lembapan.
  8. Masukkan dalam bekas atau biarkan sahaja dalam bentuk bebola.
  9. Masukkan dalam peti sejuk. Selepas itu bolehlah dimakan seperti biasa.

Untuk lebih jelas, boleh tengok video dibawah;

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=jBPYopcoeqs[/embedyt]

Lepas ni puan-puan tak payah la beli keju lagi, boleh buat sendiri 🙂

Entry ni terhasil lepas aku curious pasal keju.

Kalau teringin nak beli buku Resepi berasaskan keju boleh je klik Resipi Keju – Himpunan 30 Resipi Berasaskan Keju.

Atau nak beli buku Resipi Roti, Resipi Kek & Kek Batik, Resipi Keju boleh klik sini juga.

 

17 thoughts on “Cara-cara membuat keju secara ringkas”
    1. assalamualaikum… terima kasih krn berkongsi ilmu buat keju ni..alhamdulilah akhirnya sy ditemukan resepi halal!
      moga Allah memberkati mu,amin..

  1. makasih lah…. maklumat ni best sangat… aku nak cuba kat rumah yer…. hahahaahh… mudah2an aku boleh resepi ke otak agar tak mudah lupe…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.