Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin hari ini menafikan bahawa beliau akan berkahwin dengan pelakon terkenal tanah air, Zizie Ezette.

“Saya tidak cukup kacak untuk beliau,” kata wakil rakyat BN itu ketika dihubungi melalui telefon selepas wakil media gagal menjejakinya di bangunan Parlimen.

Desas-desus yang mengatakan Bung Moktar, 50, akan berkahwin dengan Zizie, 31, (kanan) merebak dengan pantas di Parlimen sejak pelakon itu membuat pengakuan dilamar seorang ahli parlimen dari Sabah baru-baru ini.

Sebelum itu, Bung Moktar telah berjanji untuk datang ke bangunan Parlimen untuk berjumpa dengan beberapa wakil media yang ingin mendapatkan kepastian mengenai hubungan beliau dan Zizie.

Bagaimanapun, wakil media kemudiannya dimaklumkan melalui SMS bahawa beliau
sibuk dan terpaksa menghadiri satu mesyuarat hari ini.

“Sorry, there is no kahwin kahwin kahwin, hahahaha,” katanya dalam satu lagi SMS kepada media.

Ditanya sama ada beliau telah melamar Zizie menerusi SMS, Bung Moktar tidak membalasnya.

Selain media, ramai ahli parlimen turut tercari-cari Bung Moktar (kiri) untuk mengesahkan perkara itu.

Rakan karib beliau, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, ketika dihubungi, enggan memberi sebarang komen manakala Datuk Ismail Kassim (BN-Arau) pula berkata, perkara itu soal peribadi dan beliau tidak tahu mengenainya.

Bung Moktar telah berkahwin dan mempunyai empat anak. BERNAMA

5 thoughts on “Bung Moktar digossipkan dengan Zizie Ezette”
  1. aaaaaaaaaaaahhh kenapa lah zizie tak pandang aku.. mentang aku tak kaya.. pakai kapchai je.aku santau baru tau
    .-= Mr J´s last blog ..Binatang lebih mulia daripada manusia. ( Kisah Si badak dan Si Kura – kura ) =-.

      1. itulah dunia.. ni artis kawin cerai je cerita,, dah rasa barang baik lepas nu cerai.
        .-= Mr J´s last blog ..Binatang lebih mulia daripada manusia. ( Kisah Si badak dan Si Kura – kura ) =-.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.