Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Agak terkejut bila melihat berta kosmo hari ini, mayat seorang bayi dibiarkan di tepi longkang dikerumuni serta dipatuk  burung gagak. Bagaimana agaknya pemikiran si ibu boleh sanggup mambuat begitu kepada anak yang dikandungkan. Begitu teruk masalah sosial sekrang ini hinggakan nilai-nilai kemanusiaan sudah hilang. Ini disebabkan nilai-nilai agama telah lama ditinggalkan. Jika tidak masakan sanggup buat begitu. Pasti ada halangan iman.

bayi

TELUK BAHANG – Kehadiran sekumpulan burung gagak yang mengerumuni sesuatu di tepi jalan Batu Feringghi berdekatan kawasan Pulau Asmara di sini bukanlah asing bagi tukang sapu Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), T. Verappa, 36.

Namun, semalam dia berasa tidak sedap hati lalu berpatah balik untuk melihat apa yang sebenarnya dikerumuni oleh kumpulan gagak tersebut.

Mengejutkan, kumpulan gagak itu sedang mematuk mayat seorang bayi yang masih bertali pusat dalam keadaan tertiarap di sebatang longkang di situ.

“Walaupun saya sudah terlajak kira-kira 100 meter dari tempat itu, tapi saya berasa lain macam pula sebab jumlah burung itu terlalu banyak.

“Saya hampir pengsan apabila mendapati benda yang dikerumuni itu merupakan mayat seorang bayi lelaki yang cukup sifat,” katanya ketika di temui semalam.

Menurut Verappa, ketika kejadian pada pukul 10.30 pagi itu, dia baru selesai menyapu sampah di kawasan berhampiran.

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Enable Notifications.    Ok No thanks