Laptop ini telah diperkenalkan pada lewat 2009 dan berada dipasaran Malaysia pada tahun 2010 adalah laptop yang disasarkan kepada golongan profesional dan perniagaan. Ianya dikuasakan oleh Intel Core 2 Duo 2.1Ghz menyokong sehingga 4GB ram serta 320GB cakera keras.

Apa yang lebih menarik, terdapat dedicated graphic bagi laptop ini iaitu ATI Mobility Radeonâ„¢ HD 4330 512MB membolehkan laptop bermain permainan komputer.

Skrin laptop adalah bersaiz 14 inci dengan sokongan resolusi 1366×768 iaitu format Wide Display HD yang menyokong video output 720p.

Vostro 1088 dilengkapi Wireless-N WiFi, ada card reader, bluetooth, port Firewire serta pemacu 8x DVD/DVDRW.

Jika dilihat pada website Dell, terdapat 4 varian yang boleh dipilih, OS yang digunakan juga boleh dipilih dari Ubuntu atau Windows 7 Basic. Laptop yang sedang diuji ini adalah versi Windows 7 yang dipasang terus dari kilang.

Bagi penulis yang pernah pakai 3 jenama Notebook, Compaq(tak ingat model), Acer 4530, dan sekarang Dell Vostro 1088, didapati notebook ini yang paling berkuasa dari notebook lain. Compaq dikuasakan oleh Intel Dual Core, Acer 4530 menggunakan AMD Turion X2 manakala laptop ini menggunakan Core 2 Duo.

Bagi gaming, laptop ini paling berkuasa jika dibandingkan dengan Compaq yang menggunakan GMA serta Acer 4530 yang menggunakan NVIDIA 9100M.

Dari segi kepanasan, laptop ini paling panas, terutamanya di bahagian palmrest kiri, kedua panas adalah Compaq, dan paling sejuk Acer 4530.

Dari segi rekabentuk, Dell Vostro 1088 menang, diikuti oleh Compaq dan kemudian Acer 4530 yang kelihatan lebih feminin.

Laptop juga menggunakan discrete graphic bermaksud, grafik kad laptop boleh ditukar atau upgrade kepada grafik lebih baik. Ianya mempunyai modul grafik sendiri yang dikuasakan oleh ATI Mobility RadeonTM HD 4330  512MB.

Untuk senarai serta kelas bagi kad grafik yang dipasang pada laptop, bolehlah merujuk kepada link ini.

Spesifikasi Laptop

Pemproses
Intel(R) Core(TM) 2 Duo T6570 (2.1Ghz, 800Mhz, 2M L2 Cache)
Sistem Operasi
Genuine Windows(R) 7 Home Basic 32bit (English)
Memory
2GB (1x2GB) DDR2 SDRAM (laptop ini ditingkat naik kepada 3GB)
Display/Monitor
14.0 inch Wide Display HD (1366 x 768) with anti-glare
Hard Drive
320GB 5400RPM SATA Hard Drive
Optical Drive
8X DVD/RW Optical Drive
Graphic Card
ATI Mobility Radeonâ„¢ HD 4330 512MB
Service
1 Yr Next Business Day Onsite Service

Benchmark

Benchmark atau penanda aras adalah perkara standard untuk menguji komputer peribadi atau laptop. Perisian yang biasanya untuk menguji gaming PC adalah 3Dmark daripada Futuremark. Benchmark biasanya mengukur keupayaan gaming sesuatu laptop atau PC.

Untuk tujuan ini, beberapa siri perisian digunakan dan skor yang diperoleh dipaparkan.

Tujuan benchmark adalah untuk mengetahui sejauh mana keupayaan sesuatu perkakasan dalam komputer atau laptop terutamanya untuk gaming. Ianya juga biasa digunakan dalam tujuan menguji keupayaan overclocking. Biasanya nilai sebelum overclock akan dibanding sebelum dan selepas overclock.

Laptop Vostro 1088 tidak sesuai untuk overclocking kerana ianya sudahpun panas walaupun hanya melakukan tugas biasa yang tidak melibatkan penggunaan berat seperti bermain games.

Keputusan Benchmark

3DMark 2001 1024×768 = 14267
3DMark 2001 1366×768 = 12158
3DMark 2003 1024×768 = 7513
3DMark 2003 1366×768 = 6012
3DMark 2005 1024×768 = 5500
3DMark 2005 1366×768 = 4965
3DMark 2006 1024×768 = 3078
3DMark 2006 1366×768 = 2738
Pcmark Vantage = 3080

Pcmark Vantage adalah untuk menguji keupayaan CPU dan perkakasan lain serta tidak fokus kepada GPU. 3Dmark Vantage tidak dapat dilakukan kerana terdapat error untuk mengujinya kerana resolusi skrin tidak disokong walaupun sudah beberapa kali menukar resolusi. Cinebench juga tidak dapat dijanlankan kerana terdapat error semasa ujuan terhadap OpenGL.

Keupayaan gaming

4 permainan telah dicuba pada laptop ini iaitu Farcry 2, Crysis, Modern Warfare 2 dan Dirt 2. Game mampu dimainkan dengan resolusi laptop 1366×768 dengan baik bagi setting low atau medium. Terdapat kekurangan apabila game disetkan pada resolusi lain iaitu ianya tidak dapat skrin penuh atau fullscreen. Anggaran FPS(frame per second) bagi game adalah dari 15 fps ke 30 fps. Walaupun fps rendah, tetapi masih boleh dimainkan cuma apabila ada animasi, ianya sedikit tersangkut-sangkut. Walaupun begitu ianya tidaklah mengganggu bagi laptop yang bukan dikhususkan untuk permainan ini.

Perisian yang digunakan untuk periksa FPS permainan adalah Fraps. Perisian ini juga digunakan untuk cekupan skrin.

Bagi aplikasi pejabat dan grafik, sepatutnya tiada masalah dengan laptop ini.

Pro :  Boleh memainkan permainan terbaru komputer. Skrin cerah dan standard 720p. Mampu dibeli. Rekabentuk cantik.

Kontra :  Panas, terutama bahagian palmrest kiri. Pembesar suara perlahan. Headphone jack bahagian depan, sedikit menggangu bila perlu sambungkan pada pembesar suara luaran.

Galeri :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.