Seperti tajuk diatas, suka saya nak berkongsi dengan saudara semua macam mana untuk menghasilkan blog sampah 🙂

  1. Salin dan tepek dari website orang lain. Salin sepenuhnya kandungan dari website yang menawarkan kandungan percuma seperti wikipedia.
  2. Gunakan plugins untuk tarik suapan RSS kedalam website.
  3. Letak banyak iklan. Letak macam-macam iklan. Adsense letak, nuffnang letak dan sebagainya selagi ada tempat nak letak iklan.
  4. Letak topik-topik yang mengarut dan membosankan.
  5. Mengumpat orang. Tak kisah lah hal politik kah, cerita fasal jiran sebelah rumah kah ataupun cari fasal dengan blog orang lain.
  6. Tulis auta(bohong) jangan tulis fakta. Goreng cukup-cukup supaya orang percaya apa yang kita tulis itu adalah benar.
  7. Curi bandwidth orang lain. Macam mana nak curi bandwidth orang? Link kan sahaja gambar dalam website orang kedalam website kita. Dengan cara ini kita dah jimat bandwidth.
  8. Buat karangan panjang-panjang tanpa gambar seperti karangan budak sekolah.
  9. Letak gambar sahaja tanpa ada apa-apa info dalam entry tersebut.
  10. Letak artikel yang sama berulang-ulang.
4 thoughts on “Bagaimana menghasilkan blog sampah”
  1. blog sampah x busuk macam sampah kat tepi jalan…so, buatlah blog sampah banyak2, xde sape nak marah…sesape yang suke komen pasal blog sampah…maka orang itulah sampah masyarakat…hahaha

  2. 8 & 9 aku tak setuju.
    untuk tech post, code misalnya jarang ada gambar. tapu masih releven
    untuk photoblog kadang2 ada info, selalunya tiada

  3. Saya kurang setuju dengan no 8&9
    8. Sememangnya kadang kala perlu untuk mengeluarkan entri yang kurang atau tiada gambar seperti entri bersifat teknikal.
    9. Jika bergerak sebagai photoblog, liveblog, sememangnya kuraag atau tiada perkataan dalam entri. Lagi2 wordless wednesday hehe.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.