apple_watch_nike_plusApple dan Nike hari ini mengumumkan Apple Watch Nike+ boleh didapati mulai Jumaat 28 Oktober. Jam tangan pintar ini menggabungkan semua ciri-ciri unik Apple Watch dan aplikasi Nike+ Run Club memberikan motivasi  untuk berlari daripada jurulatih dan atlet terbaik dunia disesuaikan mengikut jadual kita sendiri. Muka jam pintar yang unik diilhamkan daripada gaya ikonik Nike yang boleh difungsikan sebagai pembaca degupan jantung, jam randik serta keadaan cuaca memberikan pelari maklumat secara masa nyata dengan pantas tanpa perlu melihat telefon pintar.

Apple Watch Nike+ sama seperti Apple Watch 2 mempunyai GPS terbina dalam untuk mengesan jarak, kelajuan dan juga laluan walaupun tiada telefon pintar disamping anda. Dengan ciri boleh dibawa berenang dan menyelam 50m ianya sesuai untuk dipakai ketika berenang didalam kolam sambil merekodkan keadaan penting tubuh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.