Nokia baru memperkenalkan telefon bimbit terbaru mereka yang menggunakan MeeGo. Telefon ini juga telah cuba dipadankan dengan Windows Phone 7 seperti gambar bocor yang tersebar di internet. Nokia N9 dikatakan telefon bimbit pertama dari Nokia yang tidak memerlukan bebutang fizikal utama untuk berfungsi.

Telefon ini menggunakan skrin sesentuh AMOLED yang kelihatan melengkung. Terdapat tiga warna yang boleh dipilih. Hitam, magenta dan cyan. Nokia N9 juga turut menyokong NFC(Near Field Communication). Memori simpanan disokong adalah 16GB dan 64GB. RAM pula 1GB.

Untuk bercakap, bateri telefon ini mampu bertahan selama 11 jam, bagi 3G 7 jam. Waktu sedia adalah 380 jam. Bagi tontonan video 720p, ianya mampu bertahan 4.5 jam bagi memainkan muzik, 50 jam.

Dengan jumlam RAM yang tinggi, sudah tentu Nokia N9 sesuai untuk bermain permainan. Ianya telah dilengkapkan dengan permainan popular Angry bird.

Telefon ini paling sesuai untuk peminat multimedia. Ianya adalah telefon bimbit peringkat tinggi. Tiada maklumat bila ianya boleh didapati di Malaysia.

2 thoughts on “Apa yang dibawa oleh telefon bimbit terbaru #NokiaN9”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.