Anak saudara Presiden PAS, Abdul Qahar Mansor maut dalam satu kemalangan jalan raya di Kuala Terengganu kira-kira jam 10 pagi semalam.
Beliau dilanggar oleh sebuah kereta Honda CRV nombor plat WNN 6517 yang didaftarkan atas nama Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.
Qahar yang berusia 23 tahun maut selepas dilanggar Honda CRV dipandu seorang anggota polis yang dikenali sebagai Lans Koperal Mohd Farez di Jalan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu.
Menurut peguam keluarga mangsa, Fariz Mustafa, kemalangan tersebut terjadi ketika mangsa dalam perjalanan dari rumahnya di Rusila menuju ke Kuala Terengganu. Sumber harakah…
UPDATE
Betia berbeza dari Bernama.
KUALA TERENGGANU, 31 Jan (Bernama) — Seorang lelaki maut setelah motosikal yang ditungganginya merempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda milik Polis Diraja Malaysia dalam satu kemalangan yang berlaku di Jalan Sultan Mahmud, Kuala Ibai, di sini pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 8.40 pagi itu, mangsa Abdul Qahar Mansor, 23, yang merupakan anak saudara kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dari Rusila, Marang meninggal dunia di tempat kejadian berikutan kecederaan serius di leher dan kepala. Sumber bernama…