Bebaru ni aku ada beli Amazfit T-rex Pro setelah mengidam sekian lama sejak awal tahun. Kebetulan bulan 9 ada offer baik dekat Lazada dan dapat potongan voucher sampai RM70 jadi peluang baik untuk memiliki smartwatch ni walaupun lengan aku kecik. So bagi sesiapa ada lengan kecik, pada aku tak nampak janggal sangat. Smartwatch ni agak rugged juga, sesuai bagi yang minat pada aktiviti lasak disambil nak rekod aktiviti yang berkaitan dengan sukan terutamanya.
Boleh dikata memang cantik setanding dengan Casio G-Shock. Silap haribulan kalau Casio lambat pickup, mungkin depa akan jadi macam Nokia. Orang dah berlumba-lumba beralih kepada digital, depa masih lagi kekal dengan yang lama. Tak dinafikan jam tangan Casio memang cantik dan banyak pilihan dan masih ada lagi peminat, tapi dah ada ramai juga yang dah beralih ke smartwatch disebabkan jam tangan tradisional tak menawarkan ciri-ciri yang ditawarkan oleh smartwatch.
Ok habis intro. Sedikit tentang spesifikasi Amazfit T-Rex Pro.

  • Badan: 47.7 x 47.7 x 13.5 mm, 59g (dengan tali), tali tidak standard; ketahanan air 10ATM (menyokong berenang) dan pensijilan STD-MIL-810G; Kaca terbaja + lapisan oleofobik; Badan polimer, butang logam
  • Paparan: 1.3 “AMOLED, Resolusi 360 x 360 piksel, menyokong muka jam AOD
  • OS: Zepp OS; Sokongan untuk Android 5.0 dan lebih tinggi, iOS 10.0 ke atas
  • Bateri: 390mAh (penggunaan biasa 18 hari, mod jimat 66 hari, penjejakan GPS berterusan 40 jam)
  • Sambungan: Bluetooth 5.0 + BLE; GPS + GLONASS
  • Pelbagai: Sensor optik penjejakan biologi BioTracker 2 PPG, sensor pecutan 3 paksi, sensor giroskop 3 paksi, sensor geomagnetik, sensor cahaya ambien, altimeter barometrik

Pada pandangan aku yang baru nak guna smartwatch, jam Amazfit T-Rex Pro memang cantik dari segi rupa. Setanding dengan jam tangan Casio G-Shock. Sebelum aku pilih jam ni pun aku dah berkira-kira nak beli Apple punya smartwatch, tapi memandangkan bateri yang tak berapa nak tahan aku berubah arah. Jam ni selesa dipakai, walaupun tali jam getak nampak macam agak murah tapi selesa dipakai. Aku ada beli jugak tali jam besi tapi masih belum sampai. Sebab biasa pakai jam tangan tali besi, nak cuba pulak tukar tali kepada tali besi feel dia macam mana.

Mungkin kalau tukar ke tali besi lebih selesa atau tali asal lebih baik belum tau lagi. Kalau lengan kecik aku ni pakai tali besi jadi janggal, aku akan tukar balik ke tali getah.

Lepas seminggu pakai jam ni ada beberapa isu yang aku nampak macam kelemahan jam ni. Mungkin dia punya GPS agak kurang tepat. Sama macam banyak review dalam Internet. Tak jadi hal sangat pada aku sebab antara sebab aku pilih T-Rex Pro berbanding T-Rex biasa adalah sebab versi Pro ada pengesan O2(Oxygen meter).  Keseluruhan dari segi ciri-ciri yang ditawarkan, aku puas hati dengan pembelian ni.

*Jam ni tak termasuk pun dalam wishlist gadjet.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.