juara_joranAlza Advance Version, ViVA Elite untuk juara pemancing

KUALA LUMPUR: Perusahaan Otomobil Sdn Bhd (Perodua), akan menaja dua buah lagi kereta terbaru jenis Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) Perodua Alza Advance Version dan ViVA Elite kepada pemenang Kategori Pantai dan Laut pada GP Joran 2010 yang dijangka bermula pada awal bulan depan.

Mengesahkan perkara itu, Pengarah Urusan Perodua Datuk Syed Abdull Hafiz Syed Abu Bakar berkata, kereta jenis variasi baru keluaran syarikat itu dijangka menjadi hadiah utama di pusingan akhir GP Joran Oktober nanti.

“Pihak Perodua akan menaja sebuah lagi kereta MPV Alza jenis Advance Version kepada pemenang pusingan akhir GP Joran yang sebelum ini adalah Perodua Nautica kerana masih setia menyertai pertandingan GP Joran yang dianjurkan oleh Berita Harian.

“Ini kali keempat tahun berturut-turut, Perodua berbesar hari menaja kenderaan edisi istimewa ini sebagai tanda komitmen pihak kami kepada mereka yang mengambil bahagian menjayakan pertandingan memancing sepanjang tahun ini,” katanya selepas menyerahkan dua buah kereta kepada pemenang Grand Slam GP Joran, Mohd Yon Hanif dan Amran Abdullah di Balai Berita, baru-baru ini.

Katanya, tujuan penajaan ini adalah satu kaedah promosi dari Perodua untuk memperkenalkan produknya yang menampilkan pelbagai bentuk variasi kenderaan dari Perodua Kancil sehingga keluaran terbarunya iaitu MPV Alza yang sudah dilancarkan awal bulan November lalu.

“Selain melakukan promosi melalui penajaan ini, pihak kami turut berpeluang mendekatkan diri dengan pengguna secara terus berdasarkan misi korporat kami iaitu dedikasi adalah tanggungjawab sosial kami kepada masyarakat amnya.

“Tambahan pula, produk yang dikeluarkan oleh Perodua mampu dimiliki oleh sesiapa saja yang gemarkan aktiviti santai seperti memancing ini,” katanya.

Untuk rekod, Perodua MPV Alza Advance Version dijangka menemui pembeli bulan Mac tahun depan dan dijual harga sehingga RM70,146 dengan menampilkan pelbagai aksesori tambahan yang menarik seperti Sistem Kedudukan Global (GPS), kusyen kulit, skirting tepi, depan serta belakang dan lain-lain lagi.

Manakala Perodua ViVA Elite yang berharga sekitar RM44,900 pula, menampilkan rim aloi, skirt bahagian tepi, depan dan belakang serta airbag berkembar SRS.

Perodua yang ditubuhkan pada tahun 1993 sudah mengeluarkan pelbagai produk kenderaan kompak seperti Perodua Kancil, Rusa, Kembara, Kenari, Kelisa, Myvi, Nautica Pacuan Empat Roda(4WD).

Sumber Joran-BH

One thought on “Alza untuk pemenang GP Joran 2010”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.