watchApabila diketengahkan teori merentas masa, dikatakan ianya adalah mustahil. Bagaimana suatu jasad fizikal mampu menerobos masa pergi ke satu period depan atau masa lampau. Jika difikir logik akal memang mustahil. Tetapi jika berfikir secara luar kotak, ianya mungkin boleh berlaku. Apatah lagi jika ianya dikaitkan dengan Maha Kuasa.

Bagaimana pula dengan manusia? Bolehkah manusia merentas masa? Teori merentas masa adalah teori yang belum dirungkaikan dalam ilmu Fizik.

Biar saya ceritakan tentang satu situasi. Apakah anda pernah mengalami suatu keadaan dimana anda mereasakan sesuatu itu sudah pernah berlaku, tetapi berlaku sekali lagi dengan keadaan yang sama. Bila difikirkan, ianya memang sama termasuk apa yang dicakapkan oleh kita sama seperti apa yang telah berlaku. Ini bermaksud satu salinan period masa terjadi sekali lagi. Tetapi kita tidak pasti bila kali pertama ianya terjadi. Jika anda pernah menonton cerita Matrix, begitulah gambarannya apabila Oracle berkata bahawa dia pernah mengalami keadaan seperti itu dan akan perkata seperti itu. Ianya dipanggil Deja Vu.

Apa kaitan Deva Vu dengan merentas masa? Bukankah peristiwa pertama yang berlaku itu merupakan period akan datang yang masih belum berlaku? Ini bermaksud, Minda kita telah berada kepada period masa depan lama sebelum peristiwa fizikal itu berlaku. Adakah ini cuma mainan otak?

Bagaimana pula dengan orang yang koma? Bolehkah mereka ini dianggap merentas masa? Mungkin boleh juga kerana minda mereka tidak berada pada jasad, seolah-olah waktu berhenti untuk mereka. Apabila sedar, perkara yang mereka ingat adalah perkara terakhir sebelum koma dan terdapat lubang gelap dalam pemikiran semasa period dalam koma.

Alam ini dikatakan adalah seperti belon yang semakin membesar. Boleh dikatakan alam ini dipengaruhi oleh masa. Apa sahaja diluar alam tidak dibatasi masa. Jadi apa yang ada diluar alam, diluar batasan masa?

Jika manusia dapat merentasi masa, manusia akan muda selama-lamanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.