holdhandPerkahwinan adalah sesuatu yang sangat mulia dalam agama Islam. Dengan berkahwin kita dah menyempurnakan separuh daripada agama. Besar fadhilat dan pahala apabila sudah berkahwin. Isteri mudah menjadi ahli syurga apabila sudah berkahwin dan mudah pula menjadi ahli neraka. Begitu juga suami. Suami memikul tanggungjawab berat terhadap isteri dan anak-anak.

Ada banyak hikmah berkahwin, antaranya adalah;

-melahirkan zuriat dan keturunan yang bersih demi kebahagian rumah-tangga
-memupuk kasih sayang suami-isteri kerana fitrah manusia inginkan kasih sayang
-mengelakkan maksiat seperti zina
-menikmati ketenteraman jiwa dan perasaan
-melahirkan manusia yang bertanggungjawab dan menjalankan amanah Allah.

Jesteru itu, kenapa pula ada lelaki yang tak kahwin?

Ada 3 sebab utama jika mengikut pengamatan saya. Yang pertama tentulah soal kewangan. Baru-baru ini ada ditimbulkan berkenaan soal hantaran yang tinggi menyebabkan ramai anak dara tua. Yang pastinya soal menyediakan maskahwin itu terletak dipihak lelaki. Walaupun begitu, pihak perempuan boleh juga membantu dalam hal ni. Misalnya berkongsi wang hantaran. Kadang kala kita terkeliru antara hantaran dengan mas kahwin. Apa yang saya ketahui, maskahwin adalah pemberian WAJIB suami kepada isteri dan disebut semasa akad nikah. Setiap negeri di Malaysia ada kadar tertentu tetapi pasangan tidak tertakluk kepada jumlah itu. Ianya bergantung kepada suami. Manakala hantaran pula dikira perbelanjaan perkahwinan.

Sebab kedua adalah berkemungkinan lelaki ini gay. Tak mungkin seorang lelaki gay berkahwin dengan lelaki. Dalam dunia songsang sekarang ini, perkara ini sudah nampak ketara. Tetapi jika diluar negara memang sudah ada perkahwinan  gay dan lesbian.

Sebab ketiga lelaki tak kahwin adalah sebab beliau dah dapat apa yang dikehendaki dan tak perlu kahwin. Benda yang dimaksudkan adalah seks. Tujuan utama perkahwinan adalah menghalalkan seks. Jika dah dapat seks buat apa kahwin? Anda kenal mereka-mereka ini? atau anda salah seorang darinya. Orang yang berzina jauh dari nikmat Allah sehinggalah mereka bertaubat.

7 thoughts on “3 sebab lelaki tak kahwin”
  1. hurmm.. kadang2 salah L gak yg suke taste yang class2 sgt.. suke org pada rupe paras semata2.. pastu da kantoi P tu jenis cmne.. mulela serik nak caye P lg la apela.. huh~ ;p

  2. perempuan yg dia minat tu kawen dgn org laen dowh.melepas..dem !
    .-= PutraMalaya´s last blog ..Valentine’s Suck ! =-.

  3. Lelaki tak kawin ada jg berkemungkinan GAY..sbb sy pnh alami nasib ni..xkwin2 sbb si lelaki (tunang) sy tu minat sejenis…
    Kwn2 terdekat cth..yg pnh sebilik dgnnye shja yg tahu naluri dia..akhirNya Allah tunjukkan jg….

  4. lelaki gay ni menyongsang arus..dilaknat Allah…ramai lelaki perkasa skrg gay…mengikut umat Nabi Luth…Nauzubillah..tak kurang jgk yg kawin semata nk ttp aib diri…yg merana isteri…Nauzubillah…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.