April 25, 2010

63.74 peratus sudah mengundi

BN VS PKR

Dengan tinggal kurang dua jam lagi untuk berakhirnya pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor, lebih 41,000 pengundi atau 63.74 peratus daripada 63,701 pengundi biasa sudah menunaikan tanggungjawab mereka setakat 3 petang ini.
Pengiraan undi akan dibuat di semua pusat mengundi. Keputusan dijangka 9.30 malam.

Tinjauan di pusat mengundi pula menunjukkan jumlah mereka yang keluar semakin berkurangan, ditambah dengan cuaca panas.

Seramai 799 pengundi pos mengundi Khamis dan Jumaat pada pilihan raya kecil yang menyaksikan pertandingan di antara Ketua Penerangan MIC P.Kamalanathan, 44, dari Barisan Nasional (BN) dan bekas Anggota Parlimen Kota Baharu Datuk Zaid Ibrahim, 59, dari Parti Keadilan Rakyat (PKR). Sumber Bernama, Malaysiakini.

March 18, 2010

Orang Asli bukan bumiputera?

Penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim kesal kerana Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz gagal memahami bahawa Perlembagaan Persekutuan tidak meletakkan Orang Asli sebagai kaum bumiputera.

Katanya, menurut Perkara 153 and 161 Perlembagaan Persekutuan, Orang Asli tidak diberi hak keistimewaan sebagai Bumiputera.Zaid (kanan) berkata Orang Asli tidak dikategorikan sebagai bumiputera, kerana Perlembagaan Persekutuan hanya memperuntukkan orang Melayu dan pribumi Sabah dan Sarawak sahaja yang dianggap sebagai bumiputera.

“Hanya ‘Malays and the Natives of Sabah and Sarawak‘ dianggap sebagai Bumiputera. Inilah nasib Orang Asal di negara ini,” katanya.

“Sepatutnya merekalah orang yang paling layak sekali kerana bukan sahaja sebagai Orang Asal dan anak putera bumi bertuah ini tetapi juga kerana mereka paling miskin.

Zaid mengulas tindakan lebih 2,000 Orang Asli yang berarak ke pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, semalam untuk menyerahkan memorandum bantahan mereka.

Sumber malaysiakini.

Carian kesini:

October 16, 2009

Zaid cuti mengejut, krisis terbaru PKR

zaid ibrahimDatuk Zaid Ibrahim hari ini membuat pengumuman mengejut untuk bercuti selama enam bulan daripada PKR di tengah-tengah ura-ura beliau menghadapi masalah dengan seorang pemimpin kanan parti.

“Ini bermakna saya tidak akan menghadiri mesyuarat biro politik parti,” kata bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu dalam satu kenyataan hari ini.

Surat itu, yang berkuatkuasa serta-merta, diserahkan kepada Setiausaha Agung PKR Datuk Salehuddin Hashim.

Zaid, yang baru mengumumkan penyertaannya bersama parti pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu pada Jun lalu, dipercayai berdepan masalah besar menjalankan tugasnya untuk menyatukan pembangkang susulan pergeserannya dengan Naib Presiden PKR Azmin Ali.

Sumber Malaysiakini.

Carian kesini:

June 13, 2009

Zaid Ibrahim menyertai PKR

zaid ibrahimBekas menteri di jabatan perdana menteri, Datuk Zaid Ibrahim secara rasminya menyertai PKR hari ini.

Ketika mengumumkan perkara itu, ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Zaid akan dilantik menganggotai Majlis Kepimpinan Tertinggi (MPT) parti itu.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Bangi hari ini, Anwar berkata, Zaid juga akan dilantik sebagai anggota biro politik PKR.

Anwar juga menyifatkan penyertaan Zaid itu sebagai satu penghormatan kepada PKR.

Zaid, tambahnya merupakan seorang yang serius mempertahankan hak asasi dan kebebasan badan kehakiman di Malaysia.

Anwar yang juga ketua pembangkang, turut menganggap penyertaan Zaid itu sebagai satu langkah positif kepada PKR dalam usaha untuk mengukuhkan hubungan dalam Pakatan Rakyat.

Sumber Malaysiakini.