January 11, 2010

Keputusan penuh Anugerah Juara lagu ke 24

Anugerah Juara lagu ke 24Berikut merupakan keputusan penuh bagi Anugerah Juara Lagu ke 24 yang baru selesai sebentar tadi. Tahniah kepada semua pemenang. Diharap ianya memberikan motivasi untuk berkarya dengan lebih gigih lagi.

1. Juara Anugerah Juara Lagu 24: Aizat-Pergi

2. Naib Juara Anugerah Juara Lagu 24: Yuna-Dan sebenarnya

3. Tempat Ketiga Anugerah Juara Lagu 24: Faizal Tahir-Bencinta

4. Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu 24: Black-Aku rindu sayang kamu

5. Persembahan Terbaik Anugerah Juara Lagu 24: Aizat-Kau aku

*Bukan video sebentar tadi ye.

Carian kesini:

January 1, 2010

Imelda Ahmad

Imelda Ahmad adalah salah seorang penyanyi wanita Indie selain Yuna dan Zee Avi. Beliau dilahirkan di Pahang tetapi dibesarkan di Shah Alam. Beliau mula menyanyi sejak sekolah rendah sehingga sekolah menengah dan memenangi beberapa pertandingan. Pernah bejar piano tetapi hanya sehingga ke gred 1 kerana guru piano menyambung belajar ke luar negara.

Beliau tidak pandai bermain gitar tetapi sedang mempelajarinya. Lagu yang beliau cipta dimainkan oleh sahabat beliau. Beliau mula dikenali melalui lagu “Kau dan Aku” iaitu melalui kumpulan Sugarlovecookies kerana menampilkan beliau sebagai penyanyi jemputan.

Lagu beliau adalah Kimia dan putus. Memang sedap juga suara Imelda ni.

Carian kesini:

May 22, 2009

Yuna terbaek

yunalisBerbekalkan suara merdu dan imej berbeza daripada penyanyi wanita sedia ada membuatkan gadis bertudung bernama Yunalis Zarai (Yuna), 22, ini mula mencipta fenomena baru dalam dunia hiburan.

Nama gadis berbakat besar ini mula menjadi sebutan apabila lagu ciptaanya, Dan Sebenarnya, menjadi pilihan peserta Akademi Fantasia musim ketujuh, Aishah ketika konsert minggu pertama.

Malah, suara dan wajah penyanyi indie solo wanita yang membawakan konsep pop rock itu makin rancak dikenali selepas lagunya sering diputarkan di stesen radio.

Percubaan secara suka-suka menerusi medium Myspace, memberi ruang kepada Yuna untuk melebarkan sayap dalam pentas hiburan tempatan menerusi muzik diperjuangkannya sejak dua tahun lalu.

Apa yang menarik pada gadis ini ialah dia bukan saja tahu bermain gitar dan menyanyi dengan baik malah dia juga komposer berbakat yang berani bergerak sendiri untuk mengedarkan albumnya tanpa mengharapkan bantuan syarikat rakaman.

Kekurangan bajet tidak pernah dijadikan alasan untuk bertolak ansur mengenai kualiti. Walaupun cuma memuatkan lima lagu, empat daripadanya dalam bahasa Inggeris dan hanya Dan Sebenarnya lagu Melayu. Album EPnya mencatat penjualan yang memberangsangkan.

Melihat pencapaian gadis bertudung ini, tidak menghairankan apabila ada segelintir artis terkenal tanah air mengintai untuk bekerjasama dengannya bagi penghasilan lirik buat mereka.

Ketika ditemui sewaktu fotografi Rap, Yuna akui mendapat permintaan daripada artis tempatan yang berminat untuk menjalin kerjasama dengannya.

“Ada beberapa artis yang menghampiri dan menyuarakan hasrat untuk mendapatkan khidmat saya menggubah lagu.

Sumber Hmetro.

Carian kesini:

March 31, 2009

Profile Yuna

Peraduan HIDUP BERANI UNTUK GAGAL. Hadiah bernilai RM3750 untuk direbut. http://bit.ly/6AqlJB

yunalis

Nama sebenar: Yunalis Zarai
Komersial: Yuna
Usia: 23 tahun
Tarikh lahir: 14 November 1986
Tempat lahir: Alor Setar, Kedah
Hobi: Menonton filem
Idola: Fiona Apple
Emel: [email protected]

EP yuna terjual macam goreng pisang panas. Second batch sold out. Sesiapa yang kecewa tak dapat beli harap tunggu untuk 3rd batch.

Dengar yuna;

Yuna – Bagpacking Around Europe
Yuna – Deeper Conversation (dengan lirik)
Yuna – Peer Pressure (dengan lirik)
Yuna – Dan Sebenarnya (beserta lirik)

Carian kesini: