December 16, 2009

Penerbangan sulung Boeing 787 Dreamliner

Peraduan HIDUP BERANI UNTUK GAGAL. Hadiah bernilai RM3750 untuk direbut. http://bit.ly/6AqlJB

boeing787Syarikat Boeing telah berjaya melakukan penerbangan sulung pertama pada hari ini setelah hampir 2 tahun bergelut dengan masalah kewangan. Pesawat Boeing 787 Dreamliner dikatakan merupakan pesawat yang menjimatkan bahan api dan jika dilihat pada rekabentuk sayap, ianya kelihatan membengkok keatas untuk lebih aerodinamik.

Pesawat direka khas daripada karbon yang ringan serta titanium dikatakan menjimatkan bahan api serta kos penyelenggaraan pada awalnya dihambat oleh kekurangan bolt(skru), kesalahan rekabentuk dan mogok pekerja selama 2 bulan masih mempunyai jalan yang berliku sebelum dapat membuktikan bahawa syarikat ini telah berjaya.

December 10, 2009

Tetikus gaming Cyber Snipa Silencer dilancarkan

Tetikus gaming Cyber Snipa Silencer

Tetikus gaming Cyber Snipa Silencer

Cyber Snipa adalah pembuat gadget permainan dan peralatan komputer lain, mulai dari alas tetikus, Webcam dan headphone. Syarikat ini membuat produk yang bagus dan telah memperkenalkan gadget gaming terbaru yang disebut “Cyber Snipa Silencer”.

Tetikus ini mempunyai 9 butang yang boleh dilaraskan bersama dengan butang profil. Tetikus juga menyokong hingga 7 game profil membolehkan anda untuk menetapkan sampai dengan 63 perintah.

Ciri lain adalah boleh menukar sensitiviti tetikus dari 100-5000 dpi on-the-fly. Sensor boleh mengesan kelajuan pergerakan sehingga 150 inci sesaat.  Cengkeraman samping juga boleh diubah dan tetikus memiliki berat yang boleh diubah-ubah juga kerana mempunyai pemberat. Cyber Snipa boleh didapati dengan harga $54.99.

Carian kesini:

December 8, 2009

Wartakan zon ternakan kelisa?

bmaMasa aku balik kampung baru-baru ni dan pergi memancing di kolam Bukit Merah, sempat juga aku tinjau-tinjau kolam Kelisa di sekitar kawasan Bukit Merah tu. Memang banyak terdapat kolam ternakan kelisa. Yang baru nak didirikan pun ada.

Makin meriah nampaknya kawasan tu dengan ikan kelisa. Tanah kawasan tu pasti akan jadi lebih mahal. Sawah-sawah pasti akan bertukar jadi kolam ikan. Tak hairanlah perkara ini berlaku sebab harga ikan kelisa memang mahal. Tentu sahaja pemodal yang rakus akan mengambil kesempatan atas situasi ini. Kalau nilai ikan dalam sesebuah kolam tu mencecah jutaan ringgit, siapa yang taknak merebut peluang macam tu.

Harga tanah sebelum ni adalah Rm15000 seekar telah menjadi sehingga RM300000 seekar ekoran perkembangan industri ternakan ikan kelisa.

Buat masa ini sebanyak 40 hektar kawasan sawah telah dijadikan kolam ternakan ikan berkenaan yang mendapat pasaran baik.

BAGAN SERAI, 7 Dis (Bernama) — Kementerian Pertanian dan Asas Tani akan meminta kerajaan negeri Perak mewartakan kawasan seluas kira-kira 100 hektar di Bukit Merah dekat sini sebagai zon akuakultur khusus bagi industri ternakan ikan kelisa.

Menteri berkenaan Datuk Seri Noh Omar berkata usaha itu perlu dibuat bagi memastikan “jelapang padi” Kerian tidak terjejas dengan lebih banyak ekoran permintaan tinggi bagi kawasan berkenaan untuk dijadikan kolam ternakan ikan kelisa.

“Kita perlu bincang dengan kerajaan negeri Perak untuk wujudkan zon akuakultur…kena hadkan kerana bimbang lebih banyak sawah akan terjejas,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pelan Pengurusan Ikan Kelisa Emas Tasik Bukit Merah di sini.

Noh berkata kawasan sawah padi yang sebelum ini hanya bernilai kira-kira RM15,000 seekar kini mendapat tawaran harga sehingga RM300,000 ekoran perkembangan industri ternakan ikan kelisa.

Beliau berkata buat masa ini sebanyak 40 hektar kawasan sawah telah dijadikan kolam ternakan ikan berkenaan yang mendapat pasaran baik.

“Kawasan sekitar Tasik Bukit Merah merupakan satu-satunya habitat ikan kelisa emas di dunia…pengurusan yang mampan amat perlu bagi memastikan khazanah negara yang bernilai tinggi ini terus kekal di habitat asalnya,” katanya.

Mengenai pelan berkenaan, Noh berkata ia sebahagian daripada usaha kementerian untuk memastikan industri berkenaan dapat diperluaskan pasarannya terutama ke Amerika Syarikat.

Beliau berkata ikan kelisa Malaysia tidak dapat menembusi pasaran Amerika Syarikat tanpa pelan pemuliharaan.

Spesies ikan berkenaan tersenarai sebagai spesies kawalan untuk perdagagangan antarabangsa mengikut Konvensyen Perdagangan Antarbangsa mengenai spesies flora dan fauna terancam (CITES) dan sebanyak 27 pengusaha ikan kelisa di Malaysia berdaftar dengan CITES, katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Datuk Ahamad Sabki Mahmood berkata Malaysia kini pengeluar kedua terbesar ikan kelisa selepas Indonesia.

Pelan pengurusan berkenaan diperkenalkan bagi mencapai matlamat memulihara stok sumber ikan kelisa emas yang endemik di Tasik Bukit Merah, katanya.

Sempena majlis berkenaan sebanyak 110 ekor anak kelisa emas bernilai kira-kira RM200,000 dilepaskan ke tasik berkenaan.


Carian kesini:

December 6, 2009

Alza untuk pemenang GP Joran 2010

juara_joranAlza Advance Version, ViVA Elite untuk juara pemancing

KUALA LUMPUR: Perusahaan Otomobil Sdn Bhd (Perodua), akan menaja dua buah lagi kereta terbaru jenis Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) Perodua Alza Advance Version dan ViVA Elite kepada pemenang Kategori Pantai dan Laut pada GP Joran 2010 yang dijangka bermula pada awal bulan depan.

Mengesahkan perkara itu, Pengarah Urusan Perodua Datuk Syed Abdull Hafiz Syed Abu Bakar berkata, kereta jenis variasi baru keluaran syarikat itu dijangka menjadi hadiah utama di pusingan akhir GP Joran Oktober nanti.

“Pihak Perodua akan menaja sebuah lagi kereta MPV Alza jenis Advance Version kepada pemenang pusingan akhir GP Joran yang sebelum ini adalah Perodua Nautica kerana masih setia menyertai pertandingan GP Joran yang dianjurkan oleh Berita Harian.

“Ini kali keempat tahun berturut-turut, Perodua berbesar hari menaja kenderaan edisi istimewa ini sebagai tanda komitmen pihak kami kepada mereka yang mengambil bahagian menjayakan pertandingan memancing sepanjang tahun ini,” katanya selepas menyerahkan dua buah kereta kepada pemenang Grand Slam GP Joran, Mohd Yon Hanif dan Amran Abdullah di Balai Berita, baru-baru ini.

Katanya, tujuan penajaan ini adalah satu kaedah promosi dari Perodua untuk memperkenalkan produknya yang menampilkan pelbagai bentuk variasi kenderaan dari Perodua Kancil sehingga keluaran terbarunya iaitu MPV Alza yang sudah dilancarkan awal bulan November lalu.

“Selain melakukan promosi melalui penajaan ini, pihak kami turut berpeluang mendekatkan diri dengan pengguna secara terus berdasarkan misi korporat kami iaitu dedikasi adalah tanggungjawab sosial kami kepada masyarakat amnya.

“Tambahan pula, produk yang dikeluarkan oleh Perodua mampu dimiliki oleh sesiapa saja yang gemarkan aktiviti santai seperti memancing ini,” katanya.

Untuk rekod, Perodua MPV Alza Advance Version dijangka menemui pembeli bulan Mac tahun depan dan dijual harga sehingga RM70,146 dengan menampilkan pelbagai aksesori tambahan yang menarik seperti Sistem Kedudukan Global (GPS), kusyen kulit, skirting tepi, depan serta belakang dan lain-lain lagi.

Manakala Perodua ViVA Elite yang berharga sekitar RM44,900 pula, menampilkan rim aloi, skirt bahagian tepi, depan dan belakang serta airbag berkembar SRS.

Perodua yang ditubuhkan pada tahun 1993 sudah mengeluarkan pelbagai produk kenderaan kompak seperti Perodua Kancil, Rusa, Kembara, Kenari, Kelisa, Myvi, Nautica Pacuan Empat Roda(4WD).

Sumber Joran-BH

Carian kesini: