November 26, 2009

Nokia 5230 kini di pasaran

Nokia 5230

Nokia 5230

Telefon bimbit yang dikatakan bakal dilancarkan pada 2010 didapati sudah berada dipasaran Malaysia. Telefon ini mempunyai ciri-ciri tersendiri dan bukanlah telefon Xpressmusic seperti Nokia 5800. Antara cirinya adalah pilah warna yang lebih banyak iaitu 5 warna.

Telefon ini mempunyai 3G, tetapi tiada WiFi, bersesuaian dengan harganya dibawah RM1000 iaitu antara RM850-RM950. Dengan telefon ini, pengguna dapat memuatturun kandungan, lagu-lagu dari Nokia Music Store, aplikasi atau perisian, permainan, video atau perkhidmatan yang lain ditawarkan oleh Nokia Ovi terus melalui telefon bimbit.

Menawarkan penyelesaian yang lengkap menggunakan A-GPS dan versi terbaru Ovi Maps, mercutanda 3 dimensi bagi lebih 200 bandar beserta medan pandangan bagi pejalan kaki dan navigasi kenderaan.

Nokia 5230 mampu memainkan lagu selama 33 jam tanpa henti. Yang lebih menarik, headphone jack 3.5mm boleh digunakan pada telefon ini.  Selain itu, fungsi media bar membolehkan akses cepat kepada media kegemaran dan aplikasi, seperti muzik, foto, Youtube atau Ovi Share.

Telefon ini sesuai bagi yang masih tercari-cari telefon sesentuh yang berharga dibawah RM1000.

Carian kesini:

July 29, 2009

Nokia 5730 XpressMusic kini boleh didapati di Malaysia

Nokia5730 XpressMusic kini boleh didapati di Malaysia dengan harga RM1350. Ianya merupakan telefon bimbit muzik dengan kekunci penuh QWERTY.

nokia_5730_xpressmusicCiri paling menonjol adalah antaramuka XpressMusic yang memberikan akses kepada muzik, hubungan, permainan, email dan kalendar. Ciri antaramuka menampilkan penambahbaikan kepada bar hubungan sehingga 20 kawan-kawan dan keluarga serta capaian terus kepada musik, N-Gage serta aplikasi lain seperti Facebook, Gambar, hubungan Ovi, Peta, mesej dan lain-lain. Dengan Ovi, kita boleh mengetahui kawan-kawan yang sedang dalam talian, bersembang serta mengetahui apa muzik yang mereka sedang dengar.

Carian kesini:

July 13, 2009

Nokia 5530 Xpress Music

Telefon bimbit ini adalah telefon baru yang akan dikeluarkan pada suku ketiga tahun ini.

Ianya adalah sebagai pengganti 5800 iaitu telefon sentuh terlaris keluaran Nokia.

Malangnya telefon ini dikatakan tidak mempunyai 3G tetapi bakal dijual dengan harga lebih murah.

nokia-5530-xpressmusic-anokia-5530-xpressmusic-bnokia-5530-xpressmusic-c

Spesifikasi.
Dimensi- 104x49x13mm
Berat- 107g
Skrin- 2.9inci skrin lebar (640×360 piksel) dengan warna 16juta
Kamera- 3.2MP dengan fokus auto serta flash LED
Video- skrin lebar dengan 640x360px sehingga 30 bingkai sesaat
Memori- 70MB memori terbina dalam, 4GB MicroSD, menyokong sehingga 16GB MicroSD
Data- GPRS/EDGE, WLAN
Waktu bercakap- Sehingga 4.9 jam
Waktu sedia- Sehingga 14 hari

Ciri-ciri menarik
Skrin sesentuh- tindakbalas pantas dan tepat
Bar media- capaian pantas terhadap Windows live messenger, youtube, Ovi,Flickr, MySpace
Muzik- pemain muzik, radio FM, pembesar suara streo dengan bunyi keliling, kekunci muzik khas
Accelerometer- tukar antara landskap dan mod potret

Carian kesini:

April 30, 2009

2009 handphone wishlist

Merujuk kepada entry blog sebelum ni, aku masukkan 2 lagi handphone dalam pilihan handphone yang aku nak. Mesti bergaya habis kalau dapat salah satu ni. Geram pulak bila tengok. Tambah-tambah lagi iPhone.

5800xpressmusic

Handphone Nokia 5800 XpressMusic adalah paling sesuai dibeli masa sekarang ni, tapi nampaknya macam ada banyak komen negatif.

Blackberry Bold 9000, lebih mahal sikit dari 5800. Beli ni jadi lebih canggih dari Bos, hehe...

Blackberry Bold 9000, lebih mahal sikit dari 5800. Beli ni jadi lebih canggih dari Bos, hehe...

iPhone 3G, handphone paling mahal antara ketiga-tiga ni. Gempak gile kalau dapat beli ni.

iPhone 3G, handphone paling mahal antara ketiga-tiga ni. Gempak gile kalau dapat beli ni.

Carian kesini: